Hidangan Fusion Elemen Jepun dan Melayu Ramadan di Babe Restaurant

GLAM Life

Hidangan Fusion Elemen Jepun dan Melayu Ramadan di Babe Restaurant

67

Terletak di pinggir kota Kuala Lumpur, Babe Restaurant menawarkan pemandangan ekslusif yang sukar didapati di mana-mana lokasi lain. Lebih enak menjamu selera dengan menu fusion elemen Jepun dan hidangan tradisional masyarakat Melayu hasil inovatif Chef Jeff Ramsey.

 

GLAM dijemput bertandang ke Babe Restaurant untuk disajikan dengan menu khas bulan Ramadan mereka. Ternyata menu disajikan sesuai bagi kamu yang dambakan sesuatu yang baru. Kami dijamu 12 course meal istimewa dan setiap satunya bercita rasa tinggi. 

 

Malam kami berlatar belakang pemandangan kota, indah sekali. Tatkala senja berlabuh, tiga hidangan ini dibawa keluar: Foei gras and Jackfruit, Onsen Chowder Warm dan Laksa Injection Canapé.

 
[envira-gallery id=”65970″]

Hidangan Foeigras and Jackfruit menampilkan nangka manis yang dihiris halus dan kemudiannya dibaluti dengan cengkerang rangup yang dihidangkan bersama foie gras bakar bersama sos cokolat kabayaki. Onsen Chowder Warm pula merupakan sup berkrim yang ditampilkan bersama hirisan kelapa salai dan telur yang dimasak pada suhu 63°C. Usai chowder dinikmati, Chef Ramsey menghidangkan pula Laksa Injection Canapé yang caught us off guard dengan rupa kesuluruhannya: laksa dalam bentuk cecair yang dimuatkan dalam tiub bersama udang segar.

 
[envira-gallery id=”65967″]

Seterusnya, kami dihidangkan Mango and Curry Sphere yang menampilkan perahan mangga dalam bentuk sfera yang meletup di dalam mulut saya ditemani rasa masam dan manis mangga berserta kepedasan serbuk kari. Palet saya diuji lagi dengan Crispy Chicken Terrine40+ yakni lapisan kulit ayam rangup bersama sos char siu yang penuh perisa. Nikmat kerangupan kulit ayam sebentar tadi berterusan dengan kerangupan ikan keli yang dicincang halus dan dihidangkan bersama avocado dip yang berkrim dan peppercorn dalam menu Marinated Roast Kabayaki Ikan Keli.

 
[envira-gallery id=”65968″]

Chef Ramsey berterusan mengejutkan kami dengan Prawn and Curry Leaf Ice Cream: kon aiskrim yang diisi dengan aiskrim daun kari dan udang kering yang menghasilkan gabungan rasa yang sangat unik. Hidangan Manga Crab pula menyusul, berisi ketam soft shell segar dan sos ketumbar yang mengimbangkan kesegaran ketam tersebut. Seterusnya, Snow Crab Donburi with Sambal, sangat dekat dengan cita rasa Melayu saya yang menyukai kepedasan yang lazim dengan masayarakat Melayu cuma hidangan ini diberikan twist Jepun untuk memperkayakan lagi perisa ketam, nasi, sambal dan jeli dashi.

 

Kota Kuala Lumpur di belakang kami kini diterangi dengan cahaya neon dan malam kami juga sudah makin menghampiri penghujungnya dengan tiga lagi hidangan: Smoked Chicken Percik, Stanbroke Frams Striploin with Japanese Sambal, dan Dinosaur Egg sebagai pencuci mulut kami.

 
[envira-gallery id=”65969″]

Smoked Chicken Percik menampilkan seekor ayam yang disalai selama empat jam untuk menghasilkan daging ayam lembut yang boleh dicicah dalam sos percik penuh perisa. Highlight hidangan kami pada malam tersebut adalah kiub daging striploin yang dibakar empuk bersama dengan sambal yuzu kosho. Hidangan 12 course meal kami diakhiri dengan pencuci mulut Dinosaur Egg yang merupakan daun kaduk dibekukan dalam bentuk sebiji telur dan apabila dipecahkan, yogurt yang dihidangkan bersama buah-buahan tropikal menanti.

 

Babe Restaurant sememangnya mengambil serius palet pelanggan mereka dan ini ternyata dengan setiap hidangan yang disajikan kepada kami pada malam tersebut. Bagi mereka yang mengidamkan perisa baru dan unik untuk Ramadan ini, Babe Restaurant is the place you must try.


Babe Restaurant 11th Floor, [email protected], Jalan Changkat Semantan, Damansara Heights

Untuk tempahan hubungi +603-20958599 atau emel kepada [email protected]

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.babe.com.my

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *