Godaan Black Friday Bersama Nespresso - Glam Malaysia

Godaan Black Friday Bersama Nespresso

Apa yang lebih bagus daripada Jumaat yang dinanti-nantikan? Long Black Friday bersama Nespresso semestinya!

 

Anda penggemar kopi dan wajib meminumnya setiap pagi. Rutin harian pasti lebih mudah selepas itu, lebih-lebih lagi kerja anda memerlukan mata lebih segar. Ketika itu terdetik dalam hati, kan lebih bagus anda memiliki mesin menawan Nespresso sendiri.

 

Nah, setiap lagi boleh membancuh sendiri kopi mengikut cita rasa sendiri. Berkongsi cawan dengan pasangan sebelum kalian ke destinasi masing-masing. Mahu kopi tebal atau nipis dengan kapsul pilihan sendiri. Selain jimat waktu, si bujang pula langsung ke tempat kerja tanpa perlu memikirkan untuk singgah di mana-mana kafe mencari kopi.

 

Jika sudah lama tersemat dalam hati anda mendambakan mesin menawan Nespresso, inilah masanya untuk anda merealisasikan impian tersebut. Sempena Black Friday ini, Nespresso menawarkan promosi hebat untuk penggemar kopi di luar sana—and you do not want to miss it:

 
[envira-gallery id=”85996″]

  • Dengan pembelian 50 kapsul Nespresso anda berpeluang mendapatkan Inissia pada harga RM 399
  • Dengan pembelian 50 kapsul Nespresso anda berpeluang mendapatkan Essenza pada harga RM 399
  • Dengan pembelian 80 kapsul Nespresso anda berpeluang mendapatkan Essenza Mini Bundle pada harga RM 599
  • Dengan pembelian 100 kapsul Nespresso anda berpeluang mendapatkan Pixie Bundle dengan harga RM 699
  • Dengan pembelian 100 kapsul Nespresso anda berpeluang mendapatkan Lattissima One pada harga RM 949
  • Jika anda membeli 100 kapsul Nespresso anda juga berpeluang untuk membeli Essenza Mini Matte Black Edisi Terhad dan juga Aeroccino Black percuma
See also
Fossil Smartwatches HR Hybrid: Cita Rasa Millennial

 

Nespresso juga tidak melupakan peminat tegar kopi yang sudah pun memiliki mesin Nespresso sendiri dengan tawaran yang sama lumayannya:

 

  • Dengan pembelian 100 kapsul Nespresso anda bakal menerima Coffee Credit bernilai RM20
  • Dengan pembelian 150 kapsul Nespresso anda bakal menerima Coffee Credit bernilai RM40
  • Dengan pembelian 200 kapsul Nespresso anda bakal menerima Coffee Credit bernilai RM60

Bermula 21 November sehingga 26 November ini, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menikmati promosi khas ini dan merealisasikan impian anda sebagai peminat tegar kopi Nespresso. Untuk tidak terlepas promosi ini, anda boleh melawat Nespresso Boutique di The Gardens Mall, Nespresso Pop Up Store di 1 Utama Shopping Centre, atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Nespresso di 1800 80 7001 dan juga atas talian di www.nespresso.com.