GLAM Exposé: High Society Gets High(er) - Apabila Dadah Menjadi Pengganti Pil Perancang - Glam Malaysia

GLAM Exposé: High Society Gets High(er) – Apabila Dadah Menjadi Pengganti Pil Perancang

Percayakah anda yang kehidupan golongan atasan penuh dengan 1001 satu misteri? Terkadang itu saya sendiri seperti tidak percaya apa yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Pernah saya diundang untuk majlis hari jadi sosialit ini, urut dada dibuatnya, pole dancers bersepah- sepah menari dengan tiang masing-masing. Saya geleng kepala melihat gaya hidup orang ada-ada di Malaysia setaraf dengan kehidupan barat. Namun harus saya tegaskan di sini, bukan semua ya, masih ramai golongan bangsawan yang menjaga adab sebagai orang Timur dengan keperibadian yang terpuji. Kali ini saya terpanggil untuk mengupas isu golongan bangsawan yang turut terpalit dengan najis dadah.

Biarpun berstatus tinggi, berpendidikan, berketurunan golongan bangsawan, namun ada antara sosialit yang menurunkan martabat diri dengan membabitkan diri dengan dadah. Sedangkan dadah itu adalah musuh negara! Kerana dadah banyak yang melarat, hidup seperti bangkai bernyawa, keluarga cerai-berai, anak-anak terabai, dan kerana dadah jugalah kadar jenayah meningkat di negara kita. Percayalah selagi ada pembeli selagi itulah ada pengedar. Mengapa kita mahu mencacatkan atau memudaratkan diri kita dengan pengambilan dadah? Tetapi apa yang peliknya sekarang dadah bukan lagi menjadi hamba kepada golongan sosio ekonomi rendah tetapi menjadi permainan baharu kepada yang berstatus tinggi. Malah sudah semakin ramai golongan VIP yang berjinak-jinak dengan pengambilan dadah. Mungkin awalnya mereka sekadar mencari keseronokan dengan dadah tetapi tanpa disedari dadah mula menjerat diri. Menurut sosialit ini, dadah mampu melarikan mereka daripada masalah dan memberi kebahagiaan serta-merta kepada mereka.

Waktu zaman milenium pil ecstasy lebih popular di kalangan individu yang sukakan muzik atau masuk ke kelab malam. Pil boleh didapati dalam bermacam bentuk dan warna. Ada juga pil ecstasy yang kelihatan seperti gula-gula kanak-kanak dengan gambar kartun comel. Antara sebab pil ini popular di kalangan orang yang suka berparti adalah kerana muzik yang kuat dan berdentum-dentum akan membantu mereka melarutkan diri dengan khayalan. Selain itu, ecstasy juga menaikkan nafsu syahwat seks. Sebab itulah di luar negara ianya digelar ‘love pill’. Nama lainnya adalah XTC dan MDMA. Harganya tidak menentu bergantung kawasan juga. Biasa yang didengar harganya sebiji RM50 ke atas. Selain itu ada pil erimin 5 yang efeknya hampir sama dengan ecstasy. Cuma pengambilan pil ini boleh menyebabkan halusinasi yang lebih teruk berbanding ecstasy. Ianya juga popular dikalangan ‘party people’ kerana dadah jenis ini memberi rasa seronok luar biasa pada individu yang mengambil eramin 5 ini. Di luar negara pil ini selalu digunakan lelaki nakal untuk memancing wanita, dan ia juga digelar ‘rape drug’. Banyak kematian yang melibatkan erimin 5 biasanya melibatkan alkohol pada masa yang sama. Harganya lebih kurang sama dengan ecstasy.

See also
Kolaborasi Terbaru H&M Bersama Alex Katz

Dan pemenang untuk kategori dadah popular jatuh kepada syabu. Syabu atau nama lainnya Methaphetamine, memang sangat terkenal. Harganya yang mahal biasanya mampu dimiliki golongan berada sahaja. Syabu dikenali sebagai ice, ais, ataupun batu kerana bentuknya seperti kristal ais. Ramai juga sosialit di Malaysia ketagih dadah jenis syabu. Siapa tokan syabu pada zaman ini dialah raja dialah dewa. Antara tanda pengambilan syabu si dia akan banyak bercakap sehingga butir percakapannya itu sudah merapu-rapu. Mereka ini akan menjadi agresif, self-confident yang tinggi. Kalau orang tak kenal individu tersebut, pasti orang akan salah sangka menganggap individu itu sangat hebat, berwawasan dan berpandangan jauh. Sedihnya apabila habis kesan syabu, anda akan dapat melihat individu tersebut bertukar menjadi seorang yang cepat bad mood, dan kerap berpeluh kerana badan terasa panas. Harga syabu mahal. Bayangkan 100 miligram boleh mencecah RM60. Dadah jenis kokain juga masih mendapat permintaan ramai dari golongan atasan.

Golongan elit yang mengambil dadah, memilih dadah yang berkualiti tinggi dan tidak dicampur dengan bahan-bahan yang tidak berkualiti. Duit bukan menjadi persoalan buat mereka. The more expensive the drugs the more they will buy. It’s the new luxury to them. Dan tokan untuk golongan bangsawan ini juga bukan calang-calang. Lazimnya mereka ini akan setia kepada satu pelanggan sahaja dan tidak menjual kepada orang lain. Dan orang- orang kaya ini memborong dadah bukan untuk dijual tetapi untuk berparti dan berseronok bersama teman-teman. Mereka akan beri dadah kepada teman-teman walaupun harganya mahal untuk sama-sama menikmati parti. Kalau selalu kita dengar mereka belanja teman-teman minum arak yang termahal di parti, kali ini dadah juga menjadi simbol status kekayaan golongan elit. Jadi ramailah yang memuja golongan elit yang sanggup memberi dadah secara percuma kepada teman-teman. Free flow is lame, free drugs is the IT thing!

Parti Dadah Bukti Kekayaan

Kisah mak Datin yang satu ini kalau dilihat pada gayanya persis anak remaja 20-an. Tetapi untungnya dia memang cantik orangnya, wajahnya sepertikan tidak dimamah usia. Dengan beberapa syarikat hartanah yang dikepalainya, kekayaannya membuatkan dia antara sosialit yang berpengaruh. In KL there are secret clubs for those who wants to throw an exclusive party. Jika anda orang biasa-biasa anda tidak layak untuk menjejakkan kaki di kelab malam ini. Kerana ia khas untuk ahli kelab sahaja. Dia dan teman-teman wanitanya akan ke kelab itu untuk ‘Friday Night Drugs’. Mak-mak Datin hot ini yang masing-masing sudah mencecah usia 40- an dan awal 50-an loosen themselves up by getting high and dance sultrily on the dance floor! Uup, selepas itu as they say the rest is history. Ada yang berakhir di ranjang atas pengaruh dadah yang melampau.

See also
GLAM Expose: Akibat Kemaruk Putih, Wanita Sanggup Lumur Wajah Dengan Racun

Saya diberitahu ada seorang pereka terkenal yang menyepi kala berada di puncak kerjayanya. She suddenly disappeared from the fashion industry. Kelibatnya tidak langsung muncul di parti-parti fesyen elit di ibu kota. Kalau dulu pasti ada sahaja mata-mata cemburu yang menantikan penampilannya. Always dressing up to the nines dan berparti sakan. Rupa-rupanya dia disahkan mengalami sakit mental akibat kerosakan otak yang teruk dek kerana pengambilan dadah secara berlebihan. Hari ini hidupnya hanya terkurung di rumah dan di bawah jagaan ibu bapanya.

Golongan selebriti A class di tanah air ini pun apa kurangnya. Ada pasangan suami isteri ini kalau berbual dengan mereka memang baik orangnya. Tetapi rupa-rupanya dua-dua pun kaki stone. Alasan mereka kerja mereka yang terlalu sibuk menyebabkan mereka sangat stress dan dadah dapat menenangkan diri mereka daripada terkena tekanan dalam hidup. Dan pasangan suami isteri ini berkata dadah adalah jalan terbaik untuk kekalkan momentum mereka dalam industri.

Dan lagi contoh mengenai seorang kisah aktres tanah air ini. Saya kira semua yang bekerja di sebalik tabir di industri seni pasti tahu dengan perangai ‘gila’ si selebriti ini. Setiap kali datang ke lokasi penggambaran dia akan sangat energetik, dan banyak cakap. Kadang-kadang apa yang dicakapkannya itu melalut-lalut. Dia sepertikan berada dalam dunianya sendiri, ada kalanya dia menari lucah di depan kamera. Menurut temannya dia perlukan dadah untuk memberi komitmen yang terbaik kala berlakon atau sesi fotografi. Belum lagi temu-ramah dengannya lagi jawapan merepek yang diberikan. Jadi penulis majalah dan akhbarlah yang harus bijak mengolah ceritanya.

Saya jadi geli hati dan kesian pun ada dengan keluarga Datuk ini. Baik daripada Datin yang kaki stone hinggalah keempat-empat anak mereka. Yang peliknya Datuk tak ambil dadah. Ia bukan menjadi rahsia lagi, kerana memang daripada kecil lagi Datin ambil dadah di depan anak-anaknya, jadi apabila anak-anak dah besar they get high together. Macam tak masuk akal,kan? Tetapi itulah realiti gaya hidup segelintir orang kaya. Kata teman, mereka anak beranak ambil dadah dan kemudian bersembang sesama mereka sampai berdekah-dekah ketawa. Tidak tahu apa yang lucu sangat. Dengar cerita tokan yang bagi supply dadah pada Datin ini sudah berkhidmat puluhan tahun dan amat kaya dengan hasil bisnes yang tidak putus dengan Datin.

See also
L’Oreal Foundation dan UNESCO Menjulang Saintis Wanita di Seluruh Dunia

Anak kerabat Diraja juga pernah dimasukkan ke pusat pemulihan terkemuka di luar negara yang sering menempatkan selebriti Hollywood kerana dijumpai overdose dadah. Sekarang dia sudah pulih tetapi akibat daripada dadah dia bercakap sepatah-sepatah dan pergerakannya lambat. Doktor mengesahkan sel otaknya sudah lemah. But now she is still out and about.

Datin yang terlalu kecewa dengan Datuk yang mempunyai perempuan simpanan dan malu untuk meluahkan perasaan sedihnya dengan kawan-kawan mengambil tindakan menanggung keperitan itu seorang diri. Akhirnya dia tewas dan menjadi penagih dadah kerana mahu lari daripada rasa sedih yang teramat. Walaupun ramai yang dapat menghidu Datuk ada perempuan simpanan namun Datin berkeras menafikan dan langsung tidak melayan cerita-cerita itu. Dia mahu orang melihat dia dan Datuk sebagai pasangan yang bahagia seperti yang dipaparkan di sosial media.

Sedih memikirkan golongan yang berpendidikan tinggi boleh cetek akal membuat perkara yang memudaratkan tubuh badan mereka. Apabila rohani kosong, rasa bahagia itu sepertikan tiada nilai lagi. Mereka beranggapan dadah mengubat kesunyian diri, memberikan sedikit rasa seronok pada diri mereka. Dan apabila dadah dirasakan boleh mengembalikan kebahagiaan, maka dadah menjadi tempat bergantung sekali gus gaya hidup buat mereka untuk lepaskan diri mereka daripada tekanan hidup. Alangkah baiknya kalau mereka ini kembali menilai dan mentafsir nilai kasih sayang keluarga, persahabatan agar makna kasih sayang sejati dapat menjadi penawar meredakan kegelisahan serta membunuh rasa sepi dan tekanan yang bermukim di dalam sanubari. Dan sebagai insan yang beragama, sebaiknya mengadulah pada Yang Maha Esa andai ada permasalahan yang melanda. Apa pun saya kagum dengan tindakan bijak YM Tengku Munazirah yang baru-baru ini menubuhkan klinik merawat penagih. Di sana penagih boleh mendapatkan rawatan untuk masalah ketagihan mereka. Mungkin di Malaysia harus mempunyai klinik-klinik seperti ini dengan lebih banyak untuk selamatkan dan bebaskan masyarakat daripada najis dadah. 

Teks: Tengku Ashley Hassan

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Ogos 2017