GLAM Exposé: Expensive Infidelity Game – Strategi Pendustaan Rumah Tangga Penuh Misteri

GLAM Life

GLAM Exposé: Expensive Infidelity Game – Strategi Pendustaan Rumah Tangga Penuh Misteri

177

Teks oleh: Tengku Ashley Hassan

Helo Februari, bulan yang meraikan rasa cinta sesama insan. Apabila cinta  bertandang di hati, perasaan yang singgah itu membawa rasa gembira tak terperi meresapi segenap relung hati. Ya, itu fitrah manusia. Bercakap soal hati, hati tidak pernah membohongi diri. Tetapi apakan daya lidah tidak seiring dengan hati. Lain di bibir lain pula di hati. Bibir sering merangkai kata-kata manis yang bersira gula, bersalut madu untuk mengaburi cinta yang didustai. Kecurangan, penipuan alam rumah tangga nampaknya kian menjadi-jadi. Sungguh menyedihkan sekali kerana semakin ramai pasangan yang menipu dan mendustai sumpah perkahwinan yang telah diukir bersama. Dan yang menyedihkan tidak secuit pun perasaan bersalah singgah di hati apabila suami atau isteri mendustai pasangan mereka kerana dibuai cinta baru yang bertakhta di hati. Ya, curang pada pasangan seakan menjadi penyakit baru yang cepat menular pada pasangan suami isteri sekarang ini.

 

Penyakit ini jika tidak segera diubati, lambat laun akan mendatangkan bencana dalam perhubungan. Apabila terbit rasa curiga terhadap pasangan, semestinya rasa percaya akan pudar dan segera meminggirkan diri. Apabila ini terjadi masalah kedua akan timbul; cinta akan tawar,  kasih menjadi hambar dan akhirnya ia mungkin berakhir dengan penceraian.

 

Saya ingin bertanya pada anda semua, pernahkah hati anda dicuri? Bukan dibuat-buat tetapi entah kenapa hati tertambat pada si dia membuatkan kita angau memikirkannya. Inilah waktunya di mana anda harus memerangi  nafsu dan berfikir dengan rasional sebelum curang dengan pasangan. Ya betul hati sudah terpikat dan tidak dibuat-buat. Cinta sudah melekat. It’s your call, take it or leave it. Tetapi percayalah keputusan yang anda ambil akan memberi impak yang  besar kepada  perkahwinan anda.

 

Expose Februari 2017 membongkar 1001 satu kisah misteri pendustaan  rumah tangga alaf ini. Cheating is considered taboo in society but it’s a much common occurrence than you think. Ya, hakikatnya kecurangan bukanlah suatu perkara baru, cuma mungkin kerana dunia serba moden jadi cara pendustaan juga dilihat  moden. When you have all the money in the world, the world is your oyster, tentunya kecurangan yang dilakukan membabitkan wang yang berjuta kosnya. Tuhan menguji mereka yang berduit dan ramai tewas apabila kesetiaan mereka terbenam dalam timbunan wang. Presiden John Kennedy pernah membuat kenyataan, “If I don’t have sex every day, I get a headache,” kenyatan itu menjadi bukti kecurangan dia dengan beberapa nama popular di Hollywood seperti Marlene Dietrich, Mimi Alford, Marilyn Monroe, Judith Campbell Exner, Angie Dickinson, Ellen Rometsch (pelacur Jerman) Blaze Starr (penari bogel) Mary Pinochet Meyer (sosialit), Pamela Turnure (setiausaha isterinya), Gunilla Von Post ( sosialit di Switzerland), dan panjang lagi barisan nama. Tetapi dunia moden hari ini, bukan lelaki saja curang tetapi wanita  sama naik, kerana wanita hari ini ramai yang menggengam posisi besar seperti Pengarah Eksekutif dan Presiden syarikat. Wang ringgitnya pun begitu ‘kacak’ membuatkan dia juga mampu berlaku curang demi kepuasan seks. Umpamanya  wanita yang bergelar Datuk ini, sudah perkara biasa untuk dia menggunakan khidmat Gigolo. Kadang-kadang jejaka upahannya itu berusia awal 20-an yang melayaninya yang sudahpun berusia 50-an. Kenapa dia berlaku curang? Bukan suaminya tidak tampan, tetapi dia mahu lelaki memukulnya ketika melakukan hubungan intim, membuatkan si suami takut dan enggan berbuat demikian. Mungkin dia penggemar seks sadis. Jadi Gigolo yang dibayar akan melakukannya dengan penuh kekejaman dan itu memberi kepuasan maksima kepadanya. Segala peralatan mendera untuk seks diimport khas dari Amerika Syarikat. Kamar tidurnya di kondo mewah persis bilik seksaan!

 

BERASMARA DI LUAR NEGARA Kisah Datin yang persis supermodel ini berkahwin dengan Datuk yang tiada rupa. Datuk botak, pendek, perutnya yang membusung ternyata mematikan selera mana-mana wanita yang memandangnya. Datuk menjadi topik umpatan Datin-Datin di meja kopi. Kalau dilihat pasangan ini umpama langit dan bumi. She’s a real gold digger. Asalkan poket tebal yang lain tidak menjadi kerisauannya walaupun tengok muka suami pun tak berselera! Pun begitu, dia ketagihkan good quality sex. Datuk sudah tua, jadi his game is usually ends up short membuatkan markah Datuk di ranjang kosong! Rakan bisnes Datuk untuk projek terbarunya berani bermain mata dengan Datin, dan dalam pada waktu yang sama Datin yang dahagakan seks ini, bermain dengan api dengan membalas panahan asmara itu. Lelaki berketinggian 184cm itu memang kacak berusia pertengahan 40. Ramai kata dia Beckham Malaysia, begitulah kacaknya membuatkan Datin kecundang dengan nafsunya. They meet halfway across the world. Setahun hanya dua kali mereka akan berjumpa. Pesanan ringkas hanya memberitahu nama negara, nama hotel, tarikh dan jam berapa. Dan mesej akan dipadam serta merta. Itu syarat yang diberikan Datin kepada rakan perniagaan suaminya. Kedua-duanya akan berlepas dengan kapal terbang berlainan hanya bertemu di kamar hotel. Selalunya mengambil lokasi di Los Angeles. Nama saja hotel terkemuka mana yang mereka tak pergi di LA. Mereka akan bersilih-silih ganti antara hotel The Wynn, Palms, MGM Grand, Caesar’s Palace, dan The Bellagio. Rentetan kisah kecurangan mereka sepertikan cerita detektif. Hanya butiran, lokasi dan waktu dibutuhkan selebihnya hanya aksi yang berkata-kata.

 

Satu KL tahu dua anak usahawan ini bercinta bagai nak rak satu masa dulu. Kalau pasangan ini masuk kelab malam everything was always on the house. Ramailah yang mengipas merpati dua sejoli ini. Tup tup tak ada angin tak ada ribut mereka berpisah. Yang lelaki membujang lama juga, yang perempuan terus melarikan diri ke Texas, Amerika Syarikat dan berkahwin dengan orang di sana. Apa yang terjadi pada kisah cinta mereka menjadi satu tanda tanya yang besar. The KL party scene was dead at the time as they no longer have their king and queen. Hari ini sang lelaki sudah pun bergelar Datuk Seri dan disegani ramai dengan ketokohannya mengendali perusahaan mega di tanah air. Bekas teman wanitanya pula setelah 20 tahun menyepikan diri di Amerika, akhirnya sosialit ini pulang ke tanah air untuk menyambut Hari Raya. Riuh newsfeed di Facebook semua sibuk bergambar dengan sosialit ini. Wanita ini tiada akaun Facebook, foto-foto dimuatnaik di Facebook teman-teman rapatnya. Dia masih hot! Tak jauh beza dengan zaman mudanya. Dua bulan di tanah air bersama suami Mat Salleh hasil perkahwinan keduanya, mengundang cinta lama untuk bertaut kembali. For many people, old flames never die. Itulah yang terjadi pada bekas pasangan kekasih ini. Akhirnya riuh di newsfeed Facebook mengenai bekas teman wanitanya ini sampai ke telinga Datuk Seri. Dengan bantuan teman, Datuk Seri dapat nombor telefon dan terus menghantar pesanan ringkas, “Where have you been all this while my love, I miss you every day and you looked the same… welcome home.” Dari situ, bermulalah rendezvous percintaan haram berlaku. Masing-masing melampiaskan nafsu kerinduan di lokasi negara asing. Yang pasti bukan di Malaysia dan Amerika. Seperti semua tahu alasan sama yang diberi pastinya business trip. Lokasi pertama di atas kapal layar persendirian di Pulau Sicily, Itali. Seminggu mereka memadu kasih seperti pasangan yang hangat bercinta. Selang lima bulan mengambil tempat di Kepulauan Maldives dan disalah satu pulau itu hanya ada mereka berdua. Datuk Seri membayar untuk charter a whole island to themselves. Entah kenapa, pertemuan kedua itu hanya bertahan beberapa hari sahaja kerana kedua-dua pasangan ini tidak sanggup mencurangi pasangan masing-masing apabila diselubungi perasaan bersalah yang amat sangat. They still madly in love with each other. Maka tamatlah kisah pendustaan itu, yang tahu hanya dua tiga orang teman baik Datuk Seri dan teman rapat sosialit ini. Selang dua tahun selepas itu mereka berhubung semula, dan berlaku lagi kecurangan. Kata Profesor Frederick James, “Kecurangan adalah satu ketagihan sama seperti mengambil dadah, anda akan gian untuk merasai nikmat itu.”

 

Kisah hartawan tanah air yang cukup disegani ini amat memeranjatkan. Setiap tahun pasti dua ke tiga kali dia ke Dubai untuk mencurangi isterinya. Dubai adalah lubuk maksiat yang sebenar. Menawarkan beberapa jenis pelacur mengikut kategori. Sedih dan ngeri saya mendengar selera hartawan ini apabila dia berlaku curang dengan isteri demi untuk memuaskan nafsu berasmara dengan kanak-kanak berusia sembilan tahun ke 12 tahun. Dia bernafsukan pedofil! Astaga…

 

PENGAKUAN PANAS Duit bagi lelaki ini sudah tiada nilainya. Tan Sri masih segak walaupun sudah mencecah 60-an begitu juga  nafsunya. Yang pertama  dan kedua sudah cukup menjadi suri hatinya. Saya diceritakan kisah peribadi escort kelas atasan tentang khidmat seksnya kepada Tan Sri. Kadang-kadang itu sampai empat bulan Tan Sri membuat tempahan untuk menemaninya, paling sekejap dua minggu. Yang pasti bukan dia seorang sahaja bahkan ada lima enam gadis juga yang Tan Sri tempah. Tan Sri akan putar peta dunia dan lihat di mana jarum berhenti. Dan itulah destinasi untuk mereka berlibur. All of his crew will be flown in his private jet! Tujuh tahun berkhidmat untuk Tan Sri sudah merata dunia dia mengelilingi. And most of the places are usually exotic and private. Mengerling kereta Range Rover Evoque yang dibawanya membuatkan saya ingin tahu bayarannya. Pada usia 27 dia sudah gah berkereta mewah. Mendengar harganya membuatkan saya terkedu. Sambungnya lagi,”You are not only paid for job, he would shower you with luxury items as well,” katanya lagi Tan Sri sepertikan saja mahu menghabiskan duit, rutinnya dia akan membawa semua ke butik mewah dan dia akan duduk bermain dengan telefon bimbitnya dan memberi kebenaran untuk wanita-wanita escort memilih barangan yang mereka mahu. Selesai berburu, dia tinggal bayar sahaja. Pernah mereka ke Cartier bil mencecah berjuta-juta ringgit! Cuma satu saja kata wanita ini, sanggup tak sanggup lah nak melayan nafsu buas Tan Sri yang mendambakan seks orgy. Pernah satu malam 12 orang sekali Tan Sri ‘tala’!

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia isu Februari 2017

Your email address will not be published. Required fields are marked *