GLAM Exposé: Berkawan Atau Berlawan?

GLAM Life

GLAM Exposé: Berkawan Atau Berlawan?

73

Teks Tengku Ashley Hassan

Berapa ramai di antara kita yang mempunyai teman sejati? Teman yang dapat berkongsi masa suka dan duka kita. Dan teman yang saling memberi semangat antara satu sama lain. Apabila kita dilanda musibah, si teman umpama pelita yang memberi sedikit cahaya agar kita tidak teraba-raba di dalam kegelapan. Dialah tempat kita mencurahkan isi hati kerana tidak semua benda boleh dikongsikan bersama orang lain. Hari ini saya terpanggil untuk mengupas nilai erti persahabatan. Kerana daripada kanta mata saya, jalinan persahabatan hari ini sudah tidak begitu telus. Masing-masing ada udang di sebalik batu. Ada agenda tersendiri. Within our society and across the Internet, the term ‘girl squad’ is trending, shining a light on the power of female friendships.

 

Hei di KL ini sudah jadi trend dengan seangkatan teman-teman hot yang dicerminkan sebagai ‘dream squad’ ? Dan dalam group girls squad ini semua mesti cantik la. Baru instagram worthy! Oh yes, people nowadays live in their pictures. Ups.., kadang-kadang persahabatan itu hanya terjalin untuk paparan instagram sahaja. Hakikatnya di luar instagram, masing-masing tidak pedulikan sama sendiri. Masing-masing ada perasaan dengki-mendengki, dan mengutuk antara satu sama lain di belakang. Nampak saja ‘dream squad’ kalau tahu hakikatnya amat menyedihkan! Ada cerita, salah seorang grup Datin ada yang six pax. Hebat pada usia 40-an perut mampu ada six pax. Yang Datin ini sangat tercabar dengan temannya. Hati dia panas apabila berderet-deret netizen memuji temannya yang memiliki badan yang cantik. Datin ini dalam diam berhempas pulas mahu dapat six pax seperti temannya. Malangnya dia tidak bernasib baik kerana pada usia 40-an metabolism tubuhnya tidak tinggi, makan sikit sudah naik berat badan dan dia amat tertekan dengan situasi itu. Bukan nak kurus untuk Datuk tapi sebab cemburu dengan teman baiknya. Benarlah kata pepatah, women don’t dress for men but for other women.

 

Hei kalau dah mulakan sambutan hari jadi di luar negara, tak akan seorang saja dapat layanan istimewa sebegitu, haruslah semua teman-teman dalam clan itu diraikan setimpal. Jadi duit kena simpan siap-siap ya untuk majlis-majlis hari jadi yang seterusnya. Naik flight sudah tentu kelas pertama paling tak pun kelas bisnes lah. Inilah yang dialami oleh sosialit yang seorang ini yang berada dalam kelompok kumpulan popular di kota. Pada mulanya dia seronok mengikut lifestyle ‘itu’ tetapi lama-kelamaan naik semput untuk keep up with the game. Kalau nak keluar makan mesti fine dining lah. Nak tunjuk di instagram yang squad mereka living life to the fullest. Nak keluar makan malam fine dining, mestilah rambut perlu didandan dan wajah perlu disolek. Haruslah upah jurusolek dan hairstylist. Bil makan seorang kalau dah restoran lima bintang tahu-tahu jelah ya! Semua memerlukan wang yang sangat besar. Katanya erti persahabatan sekarang banyak bermain dengan jumlah wang yang sangat besar. “Mana pergi sahabat yang kita tidak perlu membuktikan apa-apa dan hanya menjadi diri sendiri?” Ujar soasialit ini bingung.

 

Dulu satu KL sembah ratu pada wanita ini. Ya lah dia adalah antara wanita terkaya. Selepas bisnes jatuh merudum, satu demi satu teman-temannya pergi meninggalkan dia. Sedih bukan? Dulu kalau bergambar, dia wajib dia tengah-tengah dan diapit dengan teman-teman yang lain. Begitulah betapa berpengaruhnya dia. Sewaktu dia di atas dialah paling banyak melabur wang hanya sekadar mahu berlibur bersama teman-teman. Kalau dalam seminggu mesti dia mahu mengopi bersama-sama dengan teman dan untuk itu dia akan tempah bilik Orchid Room khas untuk teman-temannya. Belum lagi apabila keluar bercuti bersama, dia sering keluar duit lebih tanpa berkira. Nasib tidak menyebelahi dirinya apabila bisnes jatuh dan dia tidak punya apa-apa lagi. Paling pahit sudahlah tidak ada yang mahu berteman dengannya lagi malah mereka lari kepada musuhnya dan berkawan pula dengan musuhnya. Mungkin sekarang teman-temannya itu sedang mentertawakan nasibnya bersama seterunya itu. Katanya, harta sebenar dia bukanlah wang ringgit atau teman-teman, tetapi anak-anaklah pengubat dukanya dan pada Illahi lah tempat dia mengadu.

 

Kisah sosialit ini, memanglah kaya tetapi bukanlah kaya sangat macam teman-temannya yang lain. Bila dah terikat dengan BFF ni, anak-anak yang sebaya usia mestilah jadi BFF juga. Nah si teman hantar anak ke sekolah Antarabangsa. Aduh yuran setahun sudah RM100,000! Sakit koceknya. Tapi apakan daya kerana semua anak-anak teman-temannya yang lain ke sekolah Antarabangsa. Konon mahu jodohkan anak-anak mereka bersama apabila dewasa kelak tentulah kena melabur sikit. Ini belum lagi tiba harijadi anak-anak si teman. Ingat toys kanak-kanak murah ke? Takkanlah apabila sudah buat sambutan hari jadi besar-besaran hadiah biasa-biasa saja. Sudah tentu akan cecah ribuan ringgit juga. Sebelum ambil anak-anak ke sekolah kena duduk mengopi dulu atau buat rawatan kuku di spa. Ini adalah gaya hidup idaman semua orang, tetapi mampukan anda bertahan dengan lifestyle duit keluar seperti air itu?

 

Geli hati dengan Datin Sri muda yang satu ini. Konon dia Queen B, apa-apa yang dia buat tidak boleh orang tiru. Kalau ada yang meniru dia, mulalah dia histeria kata orang meniru gaya dia dan sebagainya. Kata tak ada pendirian dirilah, tak kreatiflah. Dia punya tahap histeria itu dia akan screenshot gambar si polan di instagram dan mengamuk di group Whatsaap kumpulan mereka dengan mengata yang mereka meniru gayanya. Ya Tuhan, sebetulnya dia pun meniru juga gaya dari bloggers dan selebriti antarabangsa, bersepah di internet gaya-gaya sebegitu. Inilah kes syok sendiri. Datin Sri ini akan pastikan dia paling hebat antara teman-temannya. Dan dia akan mewujudkan perasaan persaingan antara teman-temannya. Dia bukan saja suka menuduh orang meniru gaya OOTD nya, tiru beli handbag sama dengannya malah trip percutiaan pun! Tetapi bila dia sendiri meniru sosialit lain tidak ada siapa pun bising. Perasan betul Datin Sri ini. Konon eksklusif sangat.

 

Ya jika cemburu sihat dalam persahabatan itu adalah normal, jadi kita dapat perbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik. Cuma kisah Datin yang cemburu dengan teman-temannya sendiri kerana memiliki lelaki yang ikhlas menyayangi temannya, bukan macam lelakinya yang mata liar merenung perempuan lain. Dalam berkawan baik, si suami sibuk follow instagram kawan-kawan baiknya. Cuma Datin harus menjaga air mukanya yang dia setanding dengan temannya dari segi kekayaan dan kebahagian rumah tangga. Tetapi Datin meluahkan perasaannya kepada saya yang dia tertekan dengan suaminya yang miang tetapi apakan daya dia tidak dapat meluahkan pada teman-temannya kerana mahu menjaga maruah dirinya konon. Walhalnya, teman-teman adalah tempat kita meluahkan rasa dan mendapat nasihat daripada mereka. Tetapi ini tidak masing-masing saling mahu menunjuk yang suami dia lebih romantik, suami beri hadiah itu dan ini, suami bawa melancong sana sini, suami sambut harijadi dan buat kejutan itu ini. Konon suami dialah terbaik di dunia.

 

Ada juga cerita mengenai  kawan-kawan yang buat bisnes. Walaupun produk yang dikeluarkan itu tidak menepati cita rasa. Kawan punya fasal, supportlah meskipun harga bukan murah. Hampir semua sosialit sekarang mahu buat bisnes, jadi setiap kali ada pelancaran produk baru, pasti kena book makeup artis dan hairstylist. Sudahlah  keluar duit untuk beli produk kawan mereka terpaksa juga keluarkan sejumlah wang untuk berdandan cantik. Semuanya kerana hendak jaga hati kawan dan status sosial mereka. Pendek kata semua ada agendalah. Kata sosialit ini, cukuplah sekadar dia beli, kalau nak dia post di Instagram produk itu tidaklah, “So not my taste!” 

 

Bukan semua persahabatan tidak ikhlas kerana saya kenal dengan Datin Sri yang satu ini. Saya juga berkawan baik dengan Datin Sri. Sudah lama  kami berkawan. Datin Sri hatinya memang baik, pantang jika mendengar kawan kawannya dilanda musibah pantas dia menghulurkan bantuan. Bab-bab derma kilat ini, mesti atas inisiatif Datin Sri. Cuma Datin Sri memang sukakan sesuatu yang glamor. Dia suka bersama dengan teman-teman yang  bersiap berdandan. Kalau sebelum pergi event itu pasti dua tiga kali dia menukar baju hanya untuk mendapatkan outfit yang paling glamor. Dan apabila di majlis Datin Sri ini ada personal photographer yang akan merakam beratus-ratus gambarnya bersama teman-teman.  Datin Sri ini juga ada pembantu peribadi yang menjaga akaun Instagram untuk memuat naik gambar-gambar glamor bersama teman-temannya yang lain. Kalau dilihat gambar-gambarnya dia instagram bersama teman-teman wanita memang cool lah. Nak dijadikan cerita semua teman-teman yang sudah berusia 40-an itu badan  mereka langsing-langsing belaka. Dan mereka ini fashionable dan tidaklah menayang Chanel memanjang. Ada yang  membimbit tas Balenciaga, yang sorang dengan tas Jacquemus, dan ada yang menjinjing Gucci. Sepatu pun bukanlah Christian Louboutin sebaliknya sepatu sukan Stella McCartney. Memang hotlah Datin-Datin ini.

 

Sejujurnya lagi saya teman itu penting untuk menjadi peneman kita kala suka dan duka. Pun begitu, hakikatnya your family is the best team/squad you could ever have. Air yang dicincang tidak akan putus. Kalau misalnya kita terlantar sebulan di hospital pasti keluarga kita yang setia menunggu kita. Jika kita ditimpa musibah orang pertama yang kita minta bantuan pasti keluarga. Tetapi hari ini saya sedih melihat ramai orang yang mementingkan teman-teman melebihi keluarga sendiri. Kalau ada ahli keluarga yang memerlukan bantuan kewangan mereka keberatan menolong dengan alasan banyak komitmen. Walhal dengan kawan kita tidak berkira demi menunjukkan diri kita ini mulia. Ramai yang menghabiskan banyak waktu bersama teman-teman tetapi tidak dengan keluarga. Apapun saya tidak nafikan, masih ada persahabatan yang nilainya begitu tinggi dan ikhlas berteman. Mereka menerima teman mereka seadanya dan membantu temannya untuk sama-sama berjaya dalam hidup. Teman sejati tidak menikam belakang sebaliknya menyimpan rahsia teman sehingga mati. Tetapi untuk mendapat teman seperti ini begitu sukar sekali. Apa sudah jadi dengan kita semua pada hari ini? Apa yang cuba kita buktikan dalam hidup sebenarnya? Carilah kebahagiaan yang hakiki bukanlah kebahagiaan yang dibuat-buat.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mac 2018

Your email address will not be published. Required fields are marked *