Dokumentari Manolo Blahnik Bernada Lucu? - Glam Malaysia

Dokumentari Manolo Blahnik Bernada Lucu?

 

Jika dahulu GLAM pernah menyenaraikan filem-filem bernada fesyen yang anda perlu tonton, kini sebuah lagi filem dokumentari bakal ditambah kepada senarai kegemaran si penggemar fesyen itu! Sebuah trailer buat filem terbaru dunia fesyen, yakni dokumentari Manolo: The Boy Who Made Shoes for Lizards dilancarkan beberapa hari lalu — and GLAM can’t wait no longer!

 

Klip pendek itu menunjukkan sepatu-sepatu ikonik Manolo Blahnik dalam setiap tona, corak, material dan design yang pernah direka rumah fesyen itu! Manolo Blahnik (filem tersebut tentang diri pereka fesyen itu) mengulas, “I was not a very quiet boy. Never was, never will be“. Pengarah filem tersebut, Michael Roberts berkata bahawa beliau akan merangkumi segala aspek glamor, drama dan “frasa” atau elemen komedi dalam filem yang dinanti-nanti ramai ini, di samping seni visual yang menakjubkan!

 

Dokumentari itu juga dikhabarkan mengandungi klip-klip temu bual dengan beberapa tokoh dunia fesyen ternama, seperti supermodel serta pereka fesyen, Paloma Picasso dan pengarang Vogue Amerika, Anna Wintour.

See also
Koleksi Kapsul Hari Valentine dan Tahun Baru Cina Marc Jacobs

 

Nantikan tanyangan perdana Manolo: The Boy Who Made Shoes for Lizards yang bakal mengambil spotlight pada 15 September di New York dan Los Angeles.

 

Lihat trailer pertama filem tersebut di bawah: