Ciri Terbaru Instagram Membantu Mencegah Pembulian Siber - Glam Malaysia

Ciri Terbaru Instagram Membantu Mencegah Pembulian Siber

 

2016 sudah makin menghampiri penghujungnya tetapi masyarakat masih lagi cuba untuk membasmi pembulian siber yang makin menjadi-jadi dalam kalangan netizen yang sering berlaku di landasan sosial media.

 

Sebelum ini, bagi pengguna Instagram, jikalau mereka dibuli atau diserang oleh netizen tentang sesuatu perkara, apa yang mereka boleh lakukan hanyalah dengan menggunakan ciri ‘Block’ yang disediakan oleh aplikasi tersebut.

 

Beberapa bulan yang lalu, aplikasi tersebut telah memperkenalkan ciri untuk menutup terus bahagian comments yang sering berlakunya pembulian siber oleh netizen. Instagram juga telah melancarkan ‘Instagram Support’ iaitu satu ciri yang disediakan untuk membantu individu-individu yang memerlukan bantuan dari segi nasihat dan kaunseling.

 

Baru-baru ini, Instagram telah menambah lagi satu ciri sebagai tambahan penutupan bahagian komentar di mana pengguna sekarang boleh menutup bahagian komentar untuk post yang tertentu sahaja dan tidak perlu menutup komentar untuk semua post jikalau pengguna tidak mahu.

 

Di samping itu, Instagram juga memperkenalkan ciri untuk menghentikan seseorang daripada mengikuti akaun instagram anda seperti ciri unfriend yang ada di Facebook.

See also
5 Hotel Suites Paling Mewah Di Dunia

 

Peringatan kami dari GLAM adalah untuk anda menggunakan sosial media dengan penuh rasa hormat kepada orang lain, tahu batas anda dan jangan sakiti individu lain.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid