Britney Spears Kongsikan Rupa "Baharunya"! - Glam Malaysia

Britney Spears Kongsikan Rupa “Baharunya”!

Haven’t age a single day!

 

 

Penyanyi Slumber Party, Britney Spears sedang menumpukan segala perhatian kepada kecergasannya. Beliau mendedikasi sebahagian masa emasnya khas buat tubuh yang sihat dan senantiasa menawan. Dua zuriat kemudian, Britney masih lagi kelihatan seperti pertama kali beliau membuat debut dalam dunia hiburan! 

 

https://www.instagram.com/p/BYHEmr8FfHV/?taken-by=britneyspears

 

Kali ini, beliau memutuskan untuk bersenam di luar gim pula — buktinya ialah sebuah video yang dirakam di akaun Instagram miliknya! Berlatarkan lagu nyanyian sendiri, Britney dilihat sedang bersenam serta berdansa bersama tubuh fizikalnya yang semangnya hebat buat ibu kepada dua putera!

 

Bintang pop itu dilihat mengenakan pakaian sukan, yakni bra sukan jingga serta seluar pendek burgundy dan sneakers. Britney, 35, seakan benar-benar fokus akan rutinnya itu dan tidak endah akan kewujudan kamera yang merakamnya! Beliau memulakan rutin senamannya dengan meregangkan badan, kemudian bahagian atasan sebelum ke lantai sambil melakukan sebuah aksi yoga — dipercayai khas buat bahagian abdominals.

 

See also
Model Wanita Generasi Baru Yang Anda Harus Kenali

 

Britney kemudian memuat naik selfie beliau dihadapan cermin pada hari seterusnya untuk mempamerkan hasilnya bersama kapsyen, “Staying focused.”

 

Sejak kebelakangan ini, Britney sering mengongsikan rutin-rutin senaman beliau di laman sosial, termasuklah sesi bersama pelatih peribadinya.

 

“Saya gemarkan senaman saya untuk memberi kesan dalam jangka masa yang pendek,” kata beliau kepada Women’s Health pada 2014. Britney dikatakan mahu sentiasa tampil cerdas dan cergas sepanjang residensi Piece of Me beliau di Las Vegas.