9 Fakta Menarik Perihal Sekolah Putera George - Glam Malaysia

9 Fakta Menarik Perihal Sekolah Putera George

It’s not everyday kita dapat melihat anak-anak kerabat diraja memulakan hari pertama persekolahan mereka betul? Jadi apabila Putera George tampil bersama bapanya, Duke of Cambridge Putera William, pada hari pertamanya di Thomas Battersea, satu dunia memberikan tumpuan kepada putera kecil ini. Ketiadaan Duchess of Cambridge turut dirasai apabila foto menunjukkan Putera George memegang erat tangan ayahandanya kerana bondanya kurang sihat pada hari itu.

 

Putera George disambut mesra oleh pengetua sekolah barunya itu, Helen Haslem, sebelum diiringi masuk bersama ayahandanya.

 

Selain itu, satu perdebatan turut berlaku perihal nama keluarga yang akan digunakan oleh Putera George tatkala dia memulakan sesi persekolahannya kerana setiap murid di sekolah itu dipandang sama rata tanpa mengira status apabila pihak Istana Kensington mengumumkan Putera George akan dikenali sebagai George Cambridge buat masa ini.

 

Foto Alpha Press

Kini GLAM berkongsikan sembilan fakta menarik mengenai sekolah berprestij di London ini.

See also
Putera George Ibarat Kembar Putera William Ketika Kecil

 

1. Yuran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar di sekolah di Thomas Battersea berjumlah RM97,571 setahun dan kosnya akan dinaikkan pada tahun ketiga persekolahan. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar jikalau Putera George meneruskan pengajiannya sehingga Tahun 8 kelak adalah sebanyak RM953.963.

 

2. Perkara paling penting yang diterapkan oleh skeolah ini sebagai peraturan mereka adalah “berbuat baik”. Ini untuk memastikan pelajar mereka “bukan hanya untuk bertolak ansur tetapi untuk meraikan perbezaan, termasuk agama, kepercayaan dan kebudayaan”.

 

3. Elemen kepimpinan juga turut diberikan tumpuan di sekolah ini. “Kami bertujuan untuk melengkapkan murid-murid kami untuk menjadi contoh, bersedia untuk menonjol dari orang ramai, menjadi yang pertama untuk bertindak balas terhadap seseorang yang memerlukan, untuk menegaskan apa yang mereka percaya itu benar, untuk berani mengambil keputusan yang tidak popular, jika mereka percaya ia demi kebaikan.”

 

4. Sekolah ini juga tidak menggalakkan pelajar mereka untuk mempunyai kawan baik, demi mengelakkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

See also
Kurus Cara Carey Ng

 

5. Putera George akan menyertai sebuah kelas dengan bilangan pelajar seramai 20 orang sahaja. Purata saiz kelas untuk sekolah rendah di England adalah sekitar 27 kanak-kanak.

 

6. Putera George bakal menerima pendidikan ballet, bahasa Perancis, seni, drama, ICT dan muzik, serta kurikulum Peringkat Awal Yayasan.

 

7. Pakaian seragam adalah wajib buat pelajar-pelajar Thomas Battersea.

 

8. Untuk memastikan anak mereka mempunyai tempat diskeolah ini, ibu bapa dinasihatkan supaya mendaftarkan anak mereka sejurus selepas mereka dilahirkan demi peluang. 

 

9. Majlis makan malam sekolah selalunya berunsur organik.