Wanita Idaman: Natasha Loo

Wanita Idaman: Natasha Loo

Natasha Loo
 
Teks, Penyelaras dan Penata Gaya: Ardi Idewani
Gambar: Leon Bin Yee
 
Apa yang kamu dapat jika mencantumkan wajah cantik, bijak berkomunikasi, berkerjaya dan mempunyai azam tinggi menjadi satu? Oh, saya tahu siapa yang ada semua itu. Ternyata orangnya adalah Natasha Loo.
 
Apa yang membuatkan saya suka tentang Natasha Loo adalah acap kali berbual dengannya, dia murah senyuman. Ditambah lagi dengan wajah manis, bagai lengkap aura friendly-nya itu. Saya mengenali Natasha sepanjang kami bekerja bersama. Dia bekerja sebagai pegawai perhubungan awam yang mengendalikan beberapa jenama gaya hidup. Dia juga pernah menyertai Female Cover Girl Search awal tahun ini juga Cleo Cover Girl Search tahun lepas. Saya ingat lagi dia pernah memberitahu yang, “I love to do events. Saya membesar berlatarbelakangkan keluarga yang memiliki bisnes dalam bidang perancangan acara atau majlis.” Semasa di bangku sekolah, pabila cuti sahaja, Natasha akui dia banyak membantu keluarganya mengatur beberapa acara. Sebab itulah ia mempengaruhinya kini untuk memiliki karier bidang sama.
 
Natasha berdarah kacukan. Ayahnya berbangsa Cina dan ibunya pula keturunan Portugis-Eurasia. “Patutlah wajah kamu nampak lain. Saya pasti kamu ada berdarah kacukan masa mula-mula kenal kamu,” kata saya. “Haha! Ramai juga yang mempersoalkan. Ada yang seperti sukar mengagak saya keturunan apa,” jawab Natasha. Dia hadir ke studio tengah hari itu, membawa komputer ribanya dan sambil-sambil sempat lagi membuat kerja. “Kamu sentiasa sibuk begini?” Saya bertanya. Jawabnya, “Ya. Bekerja sebagai PR, memang kena sentiasa bekerja. Malah, setiap kali saya datang bertemu kamu, saya takkan lekang dengan komputer riba, kan?” “Haha! Ya! Saya perasan juga,” jawab saya.
 
Natasha Loo2
 
Apa yang sukarnya tentang bidang kerja kamu?
Berhadapan dengan klien-klien yang berbeza. Sedikit mencabar namun ia pengalaman yang bagus untuk mengajar saya. It encourages diversity.
 
Sebelum menjadi PR, apa yang kamu buat? Dan bagaimana boleh terjun ke bidang ini?
Saya sebenarnya belajar seni bina. Namun, disebabkan latar belakang keluarga saya dalam bidang pemasaran dan perancangan majlis, saya lebih menjurus kepada perhubungan awam. Saya tamatkan juga pelajaran. Kemudiannya, ketika mencari kerja pun, saya meminta kerja dalam bidang perhubungan awam. Sesuatu yang jauh berbeza daripada yang saya belajar sebelumnya.
 
Apakah yang memberi inspirasi dalam karier dan kehidupan kamu?
Teman-teman sekerja. Saya cukup senang dengan mereka. Kami pernah bercuti ke Singapura bersama, random food trip to Ipoh dan merancang untuk ke Cambodia pula. Tentang peribadi, saya anggap keluarga sebagai inspirasi. Mereka sentiasa menyokong, tidak kira perkara kecil atau besar. Mereka memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya. Kini juga saya memiliki inspirasi dalam bidang kesihatan pula. Saya sering ke gim dan sudah menjadi habit. Demi menjaga kesihatan, tambahan dibantu lagi oleh jurulatih-jurulatih yang banyak membantu.
 
Apakah perancangan kamu untuk masa hadapan? Selain daripada PR?
Projek terbaru adalah memulakan majalah yang dikendalikan oleh saya, Nicholas Mak (CEO) dan Amy Yasmine (Ketua Pengarang). Yakni majalah online, The List. Majalah ini fokus kepada gaya hidup, fesyen dan kecantikan. Kami sudah mempunyai penyumbang dari semua lokasi antarabangsa – New York, London, Rom dan Romania.
 
Saya pasti kamu mempunyai skil yang hebat dalam bidang komunikasi. Boleh minta tunjuk ajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik bersama orang?
Sejujurnya, komunikasi adalah sesuatu yang saya perlu titik beratkan ketika mula-mula bekerja sebagai perhubungan awam. I was socially awkward. Tetapi, bekerja dalam bidang perhubungan awam memerlukan saya bertemu dengan macam-macam jenis orang dan ia sedikit sebanyak membantu. Saya rasa cara terbaik untuk berkomunikasi adalah hilangkan batasan dalam diri dan cuba untuk bergaul dengan ramai orang. Anggap ia satu pengalaman yang baru.
 
Gambarkan diri kamu di tempat kerja dalam lima perkataan:
Nice to everyone, senang didekati, senang bekerjasama, bijak mengurus dan memastikan tempat kerja bersih dan kemas.
 
Bercakap tentang lelaki pula. Lelaki adalah…
Can be just as complicated as girls.
 
Ciri-ciri lelaki yang kamu idamkan?
Pendengar yang baik, kelakar dan pandai memasak!
 
Cheesiest pick up line you’ve ever said to a guy…
Saya tidak bijak berkata manis, namun pernah mendengar pick up line ini – “Do you have sunburn, or are you always this hot?”
 
Apa akan berlaku jika kamu mengalami ‘the worst date’? Adakah kamu akan berlalu pergi atau bertahan?
Saya rasa saya akan bertahan sehingga ‘date’ itu tamat. Saya fikir jika saya di tempat lelaki itu pun, saya juga tidak mahu diperlakukan dengan cara ditinggalkan serta merta.
 
Normal thing that guys do and a major turn on?
Bilamana lelaki itu baru keluar daripada kamar mandi dan nampak segar selepas mandi. Atau haruman juga mampu membangkit rasa itu, lebih-lebih lagi lelaki yang menyembur bauan Giorgio Armani di Gio atau Paco Rabbane 1 Million.
 
Men in boxer or brief?
Boxers.
 
Natasha Loo3
 
  *Dipetik dari GLAM Lelaki Oktober 2014
 
 

See also
GLAM Lelaki Mei 2014