Tip Badan Tidak Berbau

Tip Badan Tidak Berbau

good looking man under man showerGambar: INGimage

Isu bau badan sering menjadi masalah jejaka. Kadang kala sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka. Sebelum teman wanita atau rakan mempersendakan, lebih baik ambil langkah melenyapkan bau kurang enak daripada tubuh.

1. Masalah bau badan mungkin berbeza bagi setiap individu. Jika anda fikir bau badan anda biasa sahaja, orang lain mungkin mempunyai pandangan berbeza. Sehubungan itu, anda perlu peka dengan persekitaran dan cuba patuhinya.

2. Sentiasa salin baju sekerap mungkin dan jangan biarkan baju basah atau lembap mengering pada tubuh. Bawa pakaian tambahan jika perlu ke gym atau ketika bersukan. Pakai baju berpotongan longgar serta diperbuat daripada material kapas. Pakai pakaian yang selesa. Ia mengelakkan diri daripada banyak berpeluh.

3. Apabila membasuh baju, basuhlah dengan cara yang betul. Jika pakaian itu mempunyai kotoran degil, anda perlu merendamnya dahulu seketika. Kemudian beruslah baju anda supaya bersih sepenuhnya. Cuci baju dengan sabun dan lengkapkannya dengan menambah wangian fabrik. Apabila menyidai, sidai di bawah cahaya matahari terik.

See also
GLAM LELAKI - PROMOSI ISTIMEWA KLFW 2016

4. Mandi sekerap mungkin. Jika anda cuma mandi sekali sehari, ia tidak memadai. Mandi sekali pagi dan petang. Ini akan membuatkan badan anda berbau lebih wangi dan segar. Gunakan deodoran dan cologne wangi sejurus selepas badan dikeringkan. Pastikan juga anda tidak terlebih apabila mengenakan cologne kerana baunya mungkin tidak menyenangkan.

5. Akhir sekali amalkan diet seimbang. Pemakanan tidak menentu juga menjadi penyebab bau badan. Banyakkan minum air putih dan makan sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan pedas dan makanan segera.