Shila Amzah: "Jangan jadi golongan suka menilai."

Shila Amzah: “Jangan jadi golongan suka menilai.”

Shila Amzah

Teks & Penyelaras: Johan Kassim
Arahan Seni: Azreezal Hafidz

Berkali-kali mesej dan panggilan telefon dilakukan demi mendapatkan persetujuan Shila Amzah. Alhamdulillah, beberapa hari sebelum Shila berangkat ke China, saya sempat ‘menculik’ Shila untuk ditemu ramah juga merakam wajahnya. Dia juga baru selesai membuat persembahan di konsert solo di ibu kota baru-baru ini. Agaknya, memang rezeki kami.

Dia individu muzik generasi baru yang saya rasakan memiliki personaliti tersendiri dan tentunya tanpa disangkal, penyanyi wanita berbakat besar berlunaskan vokal mantap.

“Sekarang, saya sedang menyambung kerjaya nyanyian ke China pula dan harus diakui, saya kena berusaha lebih kuat. Tetapi kalau difikirkan, sekiranya saya hanya teruskan di Malaysia sahaja, karier nyanyian saya tak akan pergi jauh dan kemudian terus pudar. But actually, I am really glad I made this decision.”

Peminat Adele dan Jessie J ini memberitahu dia sebenarnya seorang yang lantang bersuara dan straight forward. “Sejak awal karier lagi, bapa mendidik saya supaya sentiasa bersederhana. Katanya, dalam industri ni kita tak boleh bercakap sesuka hati. Kena selalu berhati-hati dan fikir terlebih dahulu sebelum berkata apa-apa. Selepas 14 tahun, barulah saya dapat menonjolkan ‘the real me’. Kerana pada pendapat saya, kita tak akan berjaya if we keep on pleasing everyone.”

Bermula tahun lepas, Shila mengejutkan kita dengan kejayaannya di China. Namanya seakan sepi di Malaysia, tetapi melonjak naik semula setelah videonya dalam program ‘Asian Wave 2012’ menjadi viral di laman media sosial. Majoriti terpukau dan mengagumi kehebatan persembahan Shila. Penyanyi berbakat besar ini terus mencipta kejayaan dalam karier seninya apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan ‘Asian Wave 2012’ yang berlangsung di Shanghai, China yang mana pertandingan ini turut disertai oleh penyanyi-penyanyi dari Jepun, Indonesia, Korea, China, Thailand dan banyak lagi. Atas berkat usahanya, Shila mencatat sejarah setelah dinobatkan sebagai juara ‘Asian Wave 2012’.

See also
GLAM Lelaki Mac 2015

Sebagai pendengar tempatan, kita bangga dengan pencapaian Shila sebagai juara ‘Asian Wave 2012’. “Saya tak jangka akan memenangi pertandingan itu. Penyertaan itu lebih kepada sekadar nak mencuba dan menimba pengalaman baru. Yalah, kalau di Malaysia selalu je kalah, jadi sebab itulah saya tak mengharapkan apa-apa. Tetapi Alhamdulillah, usaha keras saya berbalas jua,” kongsi Shila. Menurut Shila, menjuarai ‘Asian Wave 2012’ adalah momen paling gembira buat Shila. Dia tidak menjangka respons yang diterima tersangat positif dan hampir semua media membuat liputan tentang kejayaannya itu. “I am a Malay girl and seeing all that positive responses, it really means a lot to me.”

“Tetapi mengapa Shila ke China? Mengapa China?” soal saya. “To be honest, I feel bored here. Saya rasakan, kalau saya terus di Malaysia sahaja, karier saya tak akan ke mana. Bagi saya, pendengar di Malaysia sudah ada kegemaran yang tertentu sahaja. Tak kisahlah sampai bila, lima tahun ke enam tahun ke, mereka masih setia kepada penyanyi tertentu sahaja. Sebab itu saya pilih untuk ke China. Paling mengejutkan, berada di China membuatkan saya rasa lebih gembira.”

See also
GLAM Lelaki September 2015

“Bagaimana kehidupan baru setelah berpusat di China?” “Saya tak pernah rasa sesibuk sekarang.” “But busy is good right?” celah saya. “Ya, busy is good. Itulah pabila di Malaysia tak kerja sangat, rasa bosan pula. Sekarang saya bekerja non-stop. Selepas tamat pertandingan ‘I Am A Singer’ itu, saya buat persembahan hampir setiap hari. Ada rumah di Beijing, tapi tak duduk rumah pun. Hari-hari saya perlu terbang ke sana sini, ke Hong Kong dan Macau antaranya. “Do you enjoy it?” “I really enjoy it.”

Sejak bergiat aktif dalam nyanyian bahasa Mandarin, Shila secara tidak langsung menyatukan peminatnya dari pelbagai bangsa. Baru-baru ini di persembahan konsert solonya, hampir 80 peratus penonton terdiri daripada peminat berbangsa Cina. Senario ini perubahan positif mengubah persepsi industri muzik negara kita. Shila bukan sekadar mencurahkan bakat menyanyi, malah dia juga menyatukan peminat pelbagai kaum di Malaysia.

“Apakah perkara terbaik bergelar penyanyi?” tanya saya. Jelasnya, “Sebagai penyanyi, anda mampu menginspirasikan ramai orang. Menerusi nyanyian, lirik dan melodi ia sebenarnya berkebolehan memberi sesiapa sahaja ilham. Tak kiralah dari segi bentuk apa pun. And that’s really beautiful. Pada masa sama, penyanyi juga bertindak sebagai public figure. You can actually give positive vibe to your fans. Contohnya, penyanyi sekitar usia saya, Miley Cyrus. Saya mengikuti Miley Cyrus sejak era ‘Hannah Montana’ dan kini dia menonjolkan imej baru yakni lebih provokatif tetapi itu adalah caranya mengekspresikan diri. Ramai orang mungkin membencinya, but she is still making big money because of that. Kalau nak berjaya, tentu ada cabarannya. Cabaran seperti hasad dengki orang, fitnah, gosip dan sebagainya. Sebenarnya cabaran-cabaran seperti inilah yang membuatkan kita lebih kuat dan mahu berusaha lebih untuk membuktikan kita sebaliknya. Dan saya tak akan berputus asa.”

See also
GLAM Lelaki November 2015

Selepas hampir sejam berbual, saya mengenali Shila dengan lebih dekat. Shila penyanyi yang sangat bersungguh-sungguh. Dia bukanlah individu muzik yang hanya sekadar mahu merakam album. Dia ingin pergi jauh dan saya kagum dengan sifatnya itu. “I want to use my influence to influence the new generation. Saya nak pengikut saya bersikap terbuka dan jangan jadi golongan suka menilai. Pada pemerhatian saya, banyak orang suka menilai. Sampai saya terfikir, what kind of society I’m living in? Ia sangat kejam. Sebab itulah, saya mahu gunakan pengaruh saya untuk mengubah cara pemikiran dan pembawaan diri generasi sekarang. I want to stop making people say bad things about other people.”

*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Lelaki edisi Disember 2014