Retorik: Jenayah Peculikan Kanak-Kanak

Retorik: Jenayah Peculikan Kanak-Kanak – oleh Low Ngai Yuen

female-child-with-hand-over-her-mouth
 
Oleh: Low Ngai Yuen
 
Perut saya akan kecut setiap kali saya diingatkan kembali akan filem Taken yang dibintangi Liam Neeson dan diarah oleh Pierre Morel. Filem aksi yang tiba-tiba menjadi filem yang cukup seram apabila anak tunggal Liam Neeson menjadi mangsa culikan semasa mencuba backpacking melintasi Eropah. Babak bila Maggie Grace (si anak) ditarik keluar dari bawah katil oleh penculik memang sah sebagai babak yang mampu mengakibatkan serangan jantung!
 
Saya lemas memikirkan kebangkalian ini berlaku pada anak saya sendiri. Nyata sekali, saya bukan Liam Neeson bekas perisik yang handal; sehingga berkebolehan untuk menjejak penculikan anaknya (all on his own!) dan bukan itu sahaja, Neeson berupaya menangkis beberapa penjahat sekaligus! Maknanya, kalau anak saya yang diculik, apakah daya saya?
 
Baru-baru ini, kes penculikan kanak-kanak lima tahun di Kajang menjadi viral tatkala video CCTV rumah seberang jalan. Semestinya, kes ini turut menjadi intipati perbualan antara kami yang hanya sempat menjadi pemerhati. Dari, “Have you heard?” ke “Nowhere is safe anymore!” dan kemudiannya, “If it was my child that was kidnapped…”
 
Sehari suntuk ayat terakhir ini sentiasa saja dibiar tergantung walau diucap ramai individu yang berlainan. Tiada yang berani memikirkan apa-apa kesudahan kepada what-if kali ini, seakan-akan khuatir yang sekadar imaginasi pun boleh menjadi benar. Menjelang senja, sekaligus seperti kedengaran ibu bapa satu negara mengeluh rasa syukur apabila si anak kecil dipulangkan.
 
Bila dah reda perasaan cemas, topik perbualan pula kini berubah angin. Apakah penyebaran dan penularan video-video kes ini di media sosial telah membantu atau memudaratkan kerja polis dalam penyelesaian kes ini? Ada yang berpendapat disebabkan oleh keberkesanan media sosial sebagai agen maklumat, ianya telah membangkitkan suatu generasi vigilante yang sanggup membantu, bak khidmat masyarakat. Tetapi ada juga yang menyoal sama ada populariti kes ini memberi impak yang bertentangan seperti menggangu emosi atau mencemaskan penculik sampaikan mereka rela membasmi ‘bukti’ dari menuntut habuan.
 
Masing-masing hanya berupaya untuk membahas tetapi tiada yang mempunyai jawapan yang benar-benar mantap. Bagi saya, penggunaan media sosial mungkin merupakan outlet kedua ibu bapa yang tidak rela dipermangsakan keadaan. Mereka perlu membuat sesuatu, bukan hanya menunggu dikemaskinikan dengan maklumat terbaru oleh pihak polis. Jangan salah anggap, ini langsung tidak bermaksud untuk persoalkan kemampuan pasukan polis tetapi ibu bapa yang mana tidak cemas dan tidak resah bila hal sebegini menimpa? Dari hanya tidak berbuat apa-apa, baik mencuba segala cara.
 
Setiap orang berhak kepada nyawa, kebebasan, keamanan dan keselamatan diri. Namun, hak-hak asasi manusia sejagat kini semakin tergugat dan sekiranya kita tidak bertindak untuk mempertahankannya, apa pula masa depan anak-anak? “Jadi, ianya salah siapa? Where do we start?” seorang teman bertanya. Salah ibu bapa yang cuai, yang sibuk, yang leka? Salah anak-anak tidak mendengar nasihat, yang suka memberontak, suka gallivant? Salah penjahat yang hanya inginkan duit dengan cara yang mudah? Salah sistem kita yang hanya memberi penekanan kepada dunia material serta penuh tekanan dan stres sehingga ada yang sanggup memilih jalan yang salah? Salah masyarakat mementingkan sendiri? Daripada memilih untuk buat ‘demand’ keselamatan yang terjamin, ramai yang bersikap individualistik. Sistem penggera yang canggih lebih dipercayai dari memupuk rukun tetangga yang efektik ditambah dengan semangat kejiranan. Jawapan yang menuding jari kepada semua memanglah lebih senang berbanding jawapan kepada soalan yang kedua, “Where do we start?”
 
Maybe with ourselves! Bagi memenuhi kriteria yang setiap orang mampu menikmati hak asasinya sendiri, ianya juga bermakna yang setiap daripada kita juga perlu memastikan yang kita tidak mencabuli hak orang lain. Sikap judgemental, prejudis serta cara kita secara semulajadinya menghakimi yang lain berdasarkan status, pangkat, kekayaan dan keberadaan harta perlu dibatal dan dimansuh sama sekali. These are the roots of it all.
 
Bayangkan dunia tanpa syak wasangka? Dunia yang tidak menilai kuantiti tetapi kualiti. Dunia yang matang dan bukannya saling kecam-mengecam sebab sering terasa tergugat dan terancam dengan ekses orang lain. Adakah dunia sebegini mampu menjadi realiti? Ataupun sang skeptis dalam diri kita ini masih tertanya-tanya? Lantas langsung tidak mempercayainya? Tepuk dada tanya selera. Yang kita menaruh curiga adalah terhadap orang lain; sama ada mereka mampu melakukannya ataupun sebenarnya, pada diri sendiri? Apakah kesejahteraan dan keselamatan buat generasi akan datang tidak cukup untuk kita mendesak diri untuk mencuba? Or maybe, we’ll just conveniently leave it to God to take care of us, again?
 
LOW NGAI YUEN IBU KEPADA empat ANAK, USAHAWAN SOSIAL, PRESIDEN PERSATUAN KAKISENI, PENGASAS DAN PRESIDEN PERTUBUHAN PEMBANGUNAN KENDIRI WANITA DAN GADIS. JIKA ANDA MAHU BERKONGSI SEBARANG PANDANGAN, SILA E-MEL KEPADA suzieadnan@bluinc.com.my
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Disember 2015
 
 

See also
Datin X: Hilang Identiti Apabila Hidup Tanpa Adat