Resolusi Segak Rapi

Resolusi Segak Rapi

Man groomingGambar: INGimage

Panduan Penjagaan Wajah

– Untuk menghindari muka daripada jerawat dan cela, pastikan anda mencuci muka selalu. Basuh muka sekurang-kurangnya dua kali sehari.

– Pilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit. Tidak digalakkan memakai sabun badan di muka kerana akan menyebabkan kulit wajah menjadi kasar dan kering.

– Guna pelembap untuk mengekalkan kelembapan di wajah.

– Sekali-sekala pakai penyegar yang mengandungi vitamin E dan aloe vera supaya lebih segar.

– Tanda-tanda awal penuaan kebiasannya mula muncul di sekitar mata. Untuk mengelakkan mata dari kelihatan letih dan lesu, sapu krim mata setiap kali sebelum tidur.

– Gunakan buih busa pencukur supaya lebih mudah untuk bercukur dan tidak luka. Pemakaian after shave mengurangkan kerengsangan, kemerahan dan lebih selesa.

– Pakai pelembap bibir untuk mengelak kekeringan dan rekahan.

Panduan Penjagaan Tubuh Badan

– Mandi sekerap mungkin untuk tampil lebih segar dan wangi. Kikis tabiat mandi sekali sehari.

See also
Wanita Idaman: Hot Girls On The Block

– Sentiasa gunakan deodoran dan cologne sejurus selepas badan dikeringkan. Namun jangan guna secara berlebihan kerana baunya mungkin tidak menyenangkan.

– Buang bulu berlebihan pada badan. Cuba waxing supaya badan nampak rata dan bersih.

– Potong kuku tangan dan kaki (manicure and pedicure). Kuku juga perlu dijaga dengan betul kerana kotoran mudah terlekat di celah kuku dan kulit.

– Kebersihan kaki juga perlu dititik beratkan. Cuba sapukan bedak di kaki untuk mengurangkan peluh serta mengikis bau yang tidak diingini.