Pengalaman Audio Luar Biasa Huawei M2

Pengalaman Audio Luar Biasa Huawei M2

M2-Horizontal View copy
 
Inovasi terbaru dari Huawei yang direka khas untuk pengalaman audio-visual yang lebih mengujakan di mana sahaja anda berada.
 
Audio
Seperti sistem teater rumah yang bergerak, M2 menawarkan pengalaman audio hebat melalui dua stereo speaker dan sistem PA yang jelas dan lebih kuat. Disahkan oleh syarikat audio profesional dunia Harman/Kardon, pelarasan audio oleh syarikat itu memastikan kualiti bunyi yang hebat walau dalam gangguan rendah.
 
Paparan Skrin
Skrin sentuh 8 inci FHD IPS dengan resolusi 1920×1200 piksel dan 283 PPI menawarkan paparan visual berkualiti tinggi, sesuai untuk tontonan filem dan rancangan televisyen dengan resolusi 1080p HD. M2 juga merupakan tablet pertama menggunakan paparan fungsi Huawei ClariVu yang menghasilkan tiga jenis mode:
 
1. Sun View mode menyesuaikan kontras dan kecerahan paparan skrin bagi memudahkan pengguna untuk membaca atau menonton filem dengan lebih jelas walau berada di bawah sinaran matahari.
 
2. Color Enhancement mode menyesuaikan paparan skrin untuk warna yang lebih dinamik seakan memberi kehidupan pada imej yang dilihat.
 
3. Eye Protection mode pula mengurangkan sinaran cahaya biru yang dipancarkan paparan skrin untuk pengalaman visual yang lebih relaks, terutamanya apabila membaca atau penggunaan tablet untuk tempoh yang lama.
 


[soliloquy id=”41880″]

See also
Mate 8 Peranti Pintar Terbaik Harus Anda Miliki

 
Rekaan
M2 ini terdiri daripada 99.5% logam dan 1.2mm bahan bukan logam lalu memberikan kemasan lebih sempurna apabila disentuh. Hadir dalam rona champagne, tema muzik klasik jadi ilham. Reka bentuk stereo dan dua speaker yang selari bertujuan meningkatkan lagi bunyi agar lebih harmoni. Ianya turut dilengkapi sistem Huawei Emotion UI 3.0 yang menyediakan akses mesra pengguna terhadap video dan gambar.