PELUANG BERMAIN UNTUK NEYMAR JR.

Peluang bermain untuk Neymar Jr.!

PERNAHKAH ANDA MENGIMPIKAN PENGALAMAN UNTUK BERMAIN BOLA SEPAK UNTUK SALAH SEORANG DARIPADA IKON SUKAN TERSEBUT? SEKIRANYA REZEKI BERPIHAK KEPADA ANDA, KINI IMPIAN ITU BAKAL MENJADI SATU KENYATAAN!
 

meymar_main

Ikon bola sepak antarabangsa, Neymar JR Santos Da Silva. Gambar: Luis Vidales/Red Bull Content Pool


 
Neymar Jr. – nama yang tidak asing lagi di arena bola sepak antarabangsa – kini mencari pemain-pemain dari 35 buah negara, merentasi 6 benua, untuk bergabung dalam kejohanan lima sebelah beliau, Neymar Jr.’s Five. Malaysia adalah antara negara yang tersenarai dalam inisiatif ini.
 
Menarik lagi, pasukan yang muncul juara dalam pusingan kelayakan kebangsaan akan mewakili Malaysia ke perlawanan akhir Julai depan, bertempat di kampung halaman Neymar Jr. sendiri – Praia Grande di Sao Paulo, Brazil!
 
“Telah lama saya impikan untuk menganjurkan kejohanan tersendiri dan menjemput pasukan-pasukan terbaik ke kampung halaman saya. Kini, ia bakal menjadi realiti dan saya tidak sabar untuk menganjurkannya,” kata Neymar Jr.
 
Ingin jadikan impian bola sepak anda satu realiti? Mereka yang berminat perlu membentuk pasukan seramai 5 hingga 7 pemain, berusia antara 16 hingga 25 tahun. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, layari www.neymarjrsfive.com dan bersedialah untuk bertarung dalam pusingan kelayakan pada 14 Mei 2016 (Sabtu) ini di Universiti Malaya, KL. Tarikh tutup penyertaan ialah 8 Mei 2016.
 
Sebagai motivasi, saksikan video Neymar Jr.’s Five di link berikut.

See also
"Jangan rendahkan maruah diri" - Zul Ariffin