GLAM Lelaki Mei 2013: Aeril Zafrel - Glam Malaysia

GLAM Lelaki Mei 2013: Aeril Zafrel

Industri hiburan tanah air semakin menjadi tumpuan dunia. Bukan sahaja industri muzik kita berjaya menembusi pasaran dunia, kualiti filem tempatan seperti, Songlap, Bunohan dan KIL yang semakin baik memberi harapan baru kepada industri perfileman tanah air. Begitu juga dengan pelakon-pelakon tempatan.
 
Nama Aeril Zafrel sebelum ini meniti bibir ramai setelah menjayakan drama Kisah Kaisara. Kini dia sekali menjadi bualan ramai setelah dikhabarkan berganding dengan Christina Ricci dan Sharon Stone di dalam sebuah filem romantik Hollywood.
 
Aeril Zafrel
 
“Saya tidak akan melakonkan babak bercium, babak ranjang dan tubuh saya apatah lagi berbogel…”
 
Aeril yang baru berusia 25 tahun galak menceritakan pengalamannya kepada Penulis Kanan GLAM Lelaki, Ardi Idewani Zaini tentang cara dia merahsiakan pemergiannya ke Hollywood daripada ahli keluarganya.
 
Aeril Zafrel2
 
“Saya beritahu mereka saya pergi bercuti. Haha.”
 
Benarkah Aeril mempunyai trailer sendiri ketika pengambaran di sana dan adakah Aeril akan terus bertapak di negara orang sehingga melupakan kerjaya di negara sendiri? Jawapannya dalam temu bual penuh di dalam GLAM Lelaki Mei.
 
glamlelakiMei2013
 
Menarik GLAM Lelaki edisi Mei, menampilkan Nik Michael Imran, Hafiz Suip, Zariq Shukor dan Bryan Loo di dalam ruangan NewGen kami kali ini. Temubual penuh Pengarang GLAM Lelaki, Azreezal Hafidz bersama mereka di dalam isu kali ini. Dapatkan naskah anda segera!
 
 

See also
Selebriti Lelaki Segak Dalam Sut Formal