GLAM 101: Yves Saint Laurent

GLAM 101: Yves Saint Laurent

Oleh: Aizat Aidid

 
HELMUT NEWTON MERAKAM KOLEKSI YVES SAINT LAURENT MUSIM LURUHHelmut Newton merakam koleksi Yves Saint Laurent musim luruh 1966 yang bertajuk Pop Art buat majalah French Vogue

 
Saat kelompok fesyen asyik dengan himpunan adi busana, Yves Saint Laurent muncul memberi semangat baru kepada semua kelompok wanita dalam menghimpunkan koleksi ready-to-wear. Dia dilabel sebagai pendemokrasi fesyen oleh pengarang fesyen Alicia Drake sehingga mencetus idea kepada jenama lain mengikut rentaknya.
 
1. Kala Yves Saint Laurent berusia 17,  dia memenangi tempat ketiga ketegori rekaan dress dalam pertandingan Wool Secretariat anjuran majalah Paris Match. Yves Saint Laurent lalu ke Paris berjumpa pengarang majalah French Vogue, Michael de Brunhoff.
 
2. Dia diperkenalkan kepada Christian Dior oleh de Brunhoff lalu berkhidmat dengannya. Sekembali Yves Saint Laurent dari Algeria atas tugasan ketenteraan, Christian Dior telah menggantikannya dengan Marc Bohan. Yves Saint Laurent menyaman Christian Dior kerana melanggar kontrak perjanjian.
 
3. Revolusi pereka asal Oron ini mula memuncak di Paris lantas membuka jenamanya sendiri bersama Pierre Berge yakni House of Yves Saint Laurent pada 1962. Antara koleksi terpentingnya adalah pada 1965 yakni himpunan Mondrian yang berilhamkan motif grid oleh Piet Mondrian.
 
4. Ketika koleksi musim luruh 1965 dihimpunkan, satu gaya mencuri tumpuan yakni tuksedo yang dililhamkan untuk gerobok lelaki. Gaya yang terkenal dengan nama Le Smoking mencipta momen fesyen pada 1966 dan mendapat khidmat Helmut Newton merakam ceraian itu.
 
5. Kata Saint Laurent, gerobok wanita tidak perlu bertukar setiap enam bulan tetapi hanya perlu ditambah dan menggunakan kembali item terdahulu.
 

See also
Evolusi Fesyen Meghan Markle: Dari Pentas Hollywood Ke Dunia Diraja

[soliloquy id=”46979″]