15 Atlet Terhebat Sepanjang Zaman

15 Atlet Terhebat Sepanjang Zaman

Lelaki dan sukan adalah sesuatu yang amat sinonim. Karisma, stail dan maskuliniti setiap jaguh sukan menjadi ikutan. Mereka juga dianggap ‘cool’, dan kita tidak akan pernah bosan menonton mereka beraksi.
 

Tom BradyGambar: TPGVIP

 
1. Tom Brady
“Menjulang piala Super Bowl adalah momen teragung setelah berkorban tenaga menamatkan perlawanan,” ujar bintang sukan ini. Pemain quarterback pasukan New England Patriots ini memegang rekod National Football League (NFL) touchdown passes paling lama dan menamakannya NFL draft pick terbaik serta antara pemain quarterback terbaik yang pernah wujud. Sports Illustrated dan Associated Press pernah menobatkan Tom Brady sebagai ‘Sportsman of the Year’.
 

Kelly SlaterGambar: TPGVIP

 
2. Kelly Slater
Peluncur air profesional Amerika, Kelly Slater terkenal dengan kehebatannya meluncur juga gaya peribadinya yang cool. Dia dinobatkan juara dunia Association of Surfing Professionals (ASP) sebanyak 11 kali dan berjaya menentang legenda Mark Richards sebagai juara paling berjaya dalam industri sukan luncur air. Slater pernah beraksi untuk kempen Versace dan tampil dalam siri TV Baywatch. Slater ditaja sepenuhnya oleh Quicksilver sejak 1990 hingga tahun 2014 apabila dia mengundurkan diri untuk bekerjasama dengan Kering. Kelly Slater pernah menjalin hubungan istimewa dengan Pamela Anderson dan Gisele Bundchen.
 

Joe NamathGambar: Namath Neuro Center

 
3. Joe Namath
Tanpa ragu bekas pemain quarterback, Joe Namath adalah ikon ‘American Football League’ yang masih tegar menjadi pujaan setiap penyokong sukan bola sepak Amerika. Diberikan jolokan ‘Broadway Joe’, anak kelahiran Pennsylvania ini pernah dinobatkan ‘Professional Football Hall of Fame’ pada 1985 serta menjadi pemain profesional quarterback yang pertama kerana berjaya melontar sejauh 4,000 ela dalam 14 musim permainan.
 
David Beckham

Gambar: TPGVIP

 
4. David Beckham
Pada 2004, David Beckham dinobatkan ‘The World’s Highest Paid Footballer’ dan dikatakan kontraknya bersama Galaxy mencecah AS$6.5 juta. Bintang bola sepak ini terpilih menjadi wajah kempen pelbagai jenama antaranya Emporio Armani, Motorola dan Adidas. Walau bersara dari arena bole sepak pada tahun 2013, sinarnya tidak pernah malap. Puluhan gaya rambut dan apa sahaja jenis pakaian berani dicuba Beckham. He’s inspiring, confident and fun.
 

See also
Dunia Hari Ini Tidak Jujur

WaltFeazierGambar: NBA’s Best Plays

 
5. Walt Frazier
Bekas pemain Knocks, Walt Frazier terus diingati kerana prestasinya yang mendebarkan ketika pusingan akhir NBA menentang Los Angeles Lakers pada 1970. Ikon ini pernah menjaringkan 19.3 mata dalam setiap perlawanan, bertarung dalam tujuh perlawanan NBA All-Star. Kehebatan jaguh bola keranjang ini, masih terus menjadi pujaan. Penyarung jersi nombor 10 ini memegang prinsip “Everyone has a cadence, a rhythm. Like in life there is a rhythm” dalam menggapai kejayaan.
 

Mario AndrettiGambar: Facebook Mario Andretti

 
6. Mario Andretti
Mario Andretti dilahirkan untuk berlumba. Andretti berjayamengekalkan kejuaraan dalam arena sukan lumba kereta dan ikon ini satu-satunya pelumba yang dinamakan sebagai ‘United States Driver of the Year’ selama tiga dekad (1967, 1978, 1984).
 

Bo JacksonBo Jackson (kanan). Gambar: Facebook Bo Jackson

 
7. Bo Jackson
Atlet yang sangat popular kerana pembabitannya dalam pelbagai sukan pada tahun 80-an. Bekas atlet bola lisut dan bola sepak Amerika ini digelar ‘All Star’ dalam dua sukan tersebut. Karier hebat Bo Jackson terpaksa ditamatkan pada 1990 kerana kecederaan pinggul ketika perlawanan merebut piala National Football League (NFL). Kempen iklan hasil kolaborasi bersama Nike “Bo Knows” menaikkan populariti Bo dan menjadikannya antara atlet paling cool!
 

Muhamad AliGambar: TPGVIP

 
8. Muhammad Ali
‘Sportsman of the Century’ melambangkan kehebatan dan kegemilangan zaman ahli tinju Muhammad Ali sejak era-60-an sehingga kini. Muhammad Ali mencipta kejayaan dalam arena sukan tinju serta dikenali sebagai ikon budaya. Pencetus fenomena tinju ini, pernah dianugerahkan pelbagai gelaran serta menjuarai ratusan perlawanan. Perlawanan paling ikonik tentunya sewaktu Muhammad Ali menentang Joe Frazier yang dikatakan antara perlawanan terhebat dalam sejarah arena tinju antarabangsa. Digelar ‘The Greatest’, Muhammad Ali satu-satunya juara Lineal World Heavyweight sebanyak tiga kali.
 

See also
10 Soalan Bersama Ras Adiba Radzi

ArnoldPalmerGambar: Arnold Palmer Design

 
9. Arnold Palmer
He is golf’s most beloved player, ever. Lagenda golf ini bukan sahaja seorang bintang sukan malah ‘rock star’! Pemain profesional golf Amerika, Arnold Palmer meraih kehangatan piala PGA Tour Lifetime Achievement pada 1998 lantas menjadikannya pemain golf paling terkenal. Palmer adalah sebahagian dari kumpulan ‘The Big Three’ di samping Jack Nicklaus, dan Gary Player yang mempopularkan dan mengkomersialkan sukan golf di seluruh dunia pada era-50an.
 

Rafael NadalGambar: TPGVIP

 
10. Rafael Nadal
Berasal dari Sepanyol, kini berada di tangga kesepuluh dalam senarai pemain nombor satu dunia. “The King of Clay” ini berjaya menggondol 10 piala Grand Slam perseorangan termasuk enam piala terbuka Perancis dan meraih pingat emas Olimpik 2008. Nadal juga sering tampil dalam gaya ikonik seperti rambut yang diliputi fuschia headband-bandana, helaian baju lycra dalam warna-warna elektrik, celana capri dan T-shirt retro Nike.
 

Cristiano RonaldoGambar: TPGVIP

 
11. Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo melambangkan jejaka autentik masa kini. Penyerang pasukan Real Madrid dan ikon stail ini mengejutkan dunia apabila dibayar £80 juta hanya untuk pemindahannya dari pasukan Manchester United ke Real Madrid. Dia juga pemain bola sepak termahal dalam sejarah sukan bola sepak. Pada 2011, Ronaldo menjadi penjaring gol terbanyak dalam satu musim perlawanan lantas mencipta sejarah dalam pasukan Real Madrid. Pemain bola sepak ini sememangnya berbakat dan wajahnya membawa tuah dan sering dipilih untuk menghiasi kempen ternama.
 

Andy RoddickGambar: TPGVIP

 
12. Andy Roddick
Crisp, stylish dan pastinya hebat! Dikenali dengan initial ‘A-Rod’. Ikon tenis ini hebat dengan servisnya yang sering mencapai kelajuan kira-kira 130-150 mph. Andy Roddick memiliki pukulan servis terpantas di Amerika lantas menobatkannya sebagai Best Male Tennis Player di Anugerah ESPY pada 2004. Dalam masa yang sama Roddick juga banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebajikan seperti UNICEF dan menubuhkan Andy Roddick Foundation. Dia mengahwini Brookly Decker, seorang model dan aktres pada tahun 2009 dan bersara pada tahun 2012.
 

See also
GLAM Lelaki Julai 2015

Michael JordanGambar: TPGVIP

 
13. Michael Jordan
Bukan hanya ikon sukan tetapi juga ikon stail! Memulakan karier dalam pasukan Chicago Bulls dan kemudinny amenyertai pasukan Washington Wizards, jaguh bola keranjang ini berjaya menggondol pelbagai anugerah dan piala antaranya enam anugerah akhir NBA MVP. Menariknya tentang Jordan, dia gemar menggayakan well-suited suits serta sepasang kasut bola keranjang Nike. Stailnya yang sentiasa dapper dan refined turut menjadikannya ikon stail.
 

bjorn-borgGambar: Through the Clydescope

 
14. Björn Borg
The Incredible Tennis Machine, Björn Borg antara pemain tenis terhebat sepanjang zaman berasal dari Sweden.Bekas pemain tenis nombor satu dunia ini pernah menjuarai 11 takhta Grand Slam secara perseorangan, mencipta rekod kerana berjaya menggondol Piala Wimbledon selama lima tahun berturut-turut dan Piala Terbuka Perancis selama enam tahun berturut-turut. Stail rambut panjang paras bahu menjadi signature ikonik Björn Borg.
 

Jean-Claude KillyGambar: Fis

 
15. Jean-Claude Killy
Obsesi terhadap pelumba ski-alpine Jean-Claude Killy sangat melampau pada era 60-an. ‘The King of The Slopes’ ini antara atlet paling bergaya sepanjang zaman dan pernah menjuarai Olimpik sebanyak tiga kali, memenangi tiga acara di Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 1968 dan menjadi atlet paling berjaya di sana. Dia juga memenangi dua gelaran Piala Dunia (1967 dan 1968).