GLAM Junior: Welcome to the Tea Party - Glam Malaysia

GLAM Junior: Welcome to the Tea Party

Bergaya dengan helaian mewah meski kala bermain di laman kediaman bersama yang tersayang. Taman nan indah dengan dekorasi menawan menjadikan majlis tea party lebih menyeronokkan. GLAM Junior menampilkan Ayna, Rania dan Abbas ke parti hujung minggu.
 
GLAMJrTea

Gambar: Lelah bermain, mereka merebahkan badan di taman sambil memerhati keindahan alam. Abbas tampan menggayakan himpunan Armani Junior begitu juga Aina dan Rania. Koleksi mewah musim luruh kali ini sesuai digaya tidak kira lokasinya. Lihat sahaja gaya Aina, lagak dewasa bersama topi dan dress pendek berkait bersama koleksi yang sama digayakan Rania. Sungguh bergaya!
 
GLAMJrTea2

Gambar: Abbas meluangkan masa yang ada di taman dengan menghabiskan kek cawan istimewa Bisou. Abbas memakai kameja daripada GAP kids dan sweat shirt Quicksilver. Segak sekali!
 
GLAMJrTea3

Gambar: Seperti sudah dewasa Ayna pandai bergaya! Gaun motif bunga di pinggang daripada Mothercare dilengkapi aksesori comel digaya Ayna daripada Party Princess. Cawan dan pinggan daripada Laura Ashley.
 
GLAMJrTea4

See also
Seperti Kanak-Kanak Lain, Putera George Juga Tidak Suka Ke Sekolah

Gambar: Rania kelihatan manja menyarung gaun putih gabungan satin dan organza Party Princess dan aksesori rambut mutiara juga daripada Party Princess.
 
GLAMJrTea5

Gambar: Lihat gaya Rania nan manja menyarung gaun kembang daripada Mother Care dan aksesori rambut dan kasut daripada Party Princess. Gelang daripada koleksi Anggun Manja, Poh Kong. Manakala Ayna pula bergaya nersama gaun satin Party Princess dan aksesori rambut dari[pada Axxezz dan loket dan rantai daripada koleksi Disney Pricess Diamond. Abbas pula segak kacak bersama padanan lengkap Poney Exclusive juga kasut daripada Mothercare.
 
Untuk bingkisan penuh dapatkan GLAM edisi Oktober di pasaran.