Beza Stretch Marks Dengan Selulit

Beza Stretch Marks Dengan Selulit

pregnantGambar: Ingimage

 
Hampir 80 peratus wanita di dunia diserang stretch mark dan selulit. Bagi anda yang mementingkan penampilan diri, masalah ini pasti membelenggu diri. Walaupun nampak sama, tapi keduanya berbeza!
 
Kehadiran stretch mark adalah disebabkan kulit badan yang meregang terutamanya bagi wanita yang sedang mengandung dan yang mengalami pertambahan berat badan. Bagi wanita yang hamil, semakin besar kandungan maka makin besarlah regangan yang berlaku. Stretch mark bermula dengan warna merah atau ungu berjalur-jalur pada kulit. Ia akan merebak seterusnya ke kawasan sekitar kulit. Lama-kelamaan, tanda itu akan mula merekah dan berwarna terang dan terserap kedalam kulit. Bentuknya pula muncul seperti berjalur-jalur dan bergerigi. Stretch mark selalunya hadir pada peha, perut, dada dan bawah lengan.
 
Mencegah Stretch Mark
 
Cocoa butter
Digunakan untuk mencegah terbentuknya stretch marks selama bertahun-tahun. Tetapi, ia tidak menunjukkan hasil yang lebih baik dalam mencegah stretch marks.
 
Retin-A
Pada mulanya dihasilkan untuk memerangi jerawat. Tahun demi tahun, penggunaannya mulai berkembang. Ini termasuklah untuk mengatasi keriput dan memperbaiki stretch marks. Akan tetapi ia boleh menimbulkan iritasi bagi wanita mengandung kerana krim tersebut berpotensi meracun janin.
 
Prosedur laser
Menghilangkan stretch marks tanpa rasa sakit namun ia melibatkan kos yang tinggi pula.
 
Pemakanan
Cuba elak pengambilan kafein dan beralkohol yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, banyakkan meminum air mineral bagi membantu menghidrat kulit secukupnya. Selain itu amalkan pengambilan buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar.
 
Jika boleh hindarkan diri dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal pada perut sewaktu hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk.
 
Mengenali Selulit
 
Kebanyakkan wanita, bila menyebut sahaja masalah selulit, mereka mulai tertekan kerana belenggu masalah ini sememangnya memakan masa yang lama untuk merawatnya. Namun, selulit bukan sahaja menyerang yang kurus atau gemuk baik lelaki atau wanita. Selulit terjadi akibat pembentukan lemak dan air di bawah kulit yang bergabung bersama kolagen di bahagian tertentu. Kebiasaannya berpunca dari pemakanan yang tidak sihat juga amalan senaman.
 
Selain itu, ia juga berpunca dari keturunan di mana wanita yang kurus yang mengamalkan hidup yang sihat juga mengalami masalah selulit. Selulit yang berupa cottage cheese sememangnya tidak diingini oleh setiap wanita urban.
 
Langkah merawat terpantas adalah dengan rawatan Liposuction yakni membuang lemak bawah kulit. Ia mahal dan memberi kesan sementara waktu sahaja namun terpaksa menanggung beberapa risiko lain. Mesin Endermologie juga banyak digunakan oleh spa kecantikkan. Dengan menggunakan roller dan suction tool pada bahagian yang mempunyai selulit. Again, it’s only a short term remedy. Dan yang terakhir, menggunakan krim-krim mewah yang bertindak memudarkan kesan selulit dan menghalang pembentukan baru. Ia memakan masa yang lama dan rutin harian yang teratur.
 
 

See also
Jejaka Horologi Terhangat