Nadi Kronograf Buat Wanita - Glam Malaysia

Nadi Kronograf Buat Wanita

Dalam keghairahan trend fesyen dunia daripada spesifikasi reka bentuk, teknologi, warna malah saiz Tag Heuer ternyata menepati selera wanita masa kini kala bicara mengenai jam tangan.

 

Saban tahun dunia menyaksikan kehebatan persidangan Baselworld di Switzerland. Tahun ini pastinya pemain industri dan pengeluar jenama jam antarabangsa mempersembahkan koleksi terunggulnya termasuklah Tag Heuer. Diasaskan Edouard Heuer yang berasal daripada Switzerland pada 1860. Bukan sahaja mengeluarkan siri jam tangan mewah, Tag Heuer turut menghasilkan jam kronograf dan aksesori fesyen kepada golongan lelaki dan wanita.

 

Musim ini paling mendapat perhatian pastinya koleksi Aquaracer Lady 300M Quartz-Full Ceramic. Apa yang istimewa dengan seramik? Ia lebih ringan daripada keluli, tahan lasak dan pastinya kalis calar. Itulah terletaknya kehebatan jam tangan Aquaracer Lady 300m Ceramic daripada Tag Heuer. Hadir dalam empat versi koleksi hitam, putih, emas merah dan hitam bertatahkan berlian pada case bersaiz 35mm. Reka bentuk case belakang sama seperti siri Aquaracer buat lelaki, ia dicacah dengan ukiran topi keledar penyelam. Di sebalik case belakang ini tersembunyi pergerakan kuarza (ETA 955,112) dan kalis air sedalam 300 meter.

See also
Getaway Romantik Selena Gomez dan The Weeknd Di Itali