GLAM Horologi: Magis Rimba - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

GLAM Horologi: Magis Rimba

Tampil elegan lewat jam tangan mewah yang melingkari pergelangan tangan sebagai pelengkap identiti. Lebih memukau lagi jika digayakan dalam persalinan bernadakan rasa femini lagi moden.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
PATEK PHILIPPE

Calatrava digarap dalam material emas merah lalu case jam diperindah dengan 142 butiran berlian dalam tetapan flamme, yakni satu teknik penyusunan berlian berganda bagi membiaskan kilauannya yang lebih cemerlang. Berpaksikan mekanikal ternipis automatik, jam digerakkan dengan kaliber 240 terus disempurnakan dengan tali kulit buaya jahitan tangan.