Gelora Minimalis Identiti Tulus Tiffany & Co. - Glam Malaysia

Gelora Minimalis Identiti Tulus Tiffany & Co.

Legasi Tiffany & Co. berterusan walaupun sudah berkurun bergelendang di medan perhiasan mewah. Namun, jenama yang bersinonim pesona minimalis ini masih lagi ketengahkan DNA mereka, yakni understated beauty.

 

[soliloquy id=”68678″]

 

Stail ringkas dan ringkas menjadi magnet buat wanita-wanita dari golongan atasan menghiasi diri. Dari cincin platinum signatur mereka dan kemasan anting-anting, hinggakan ke pentas horologi, jenama yang sering dikaitkan bersama Audrey Hepburn ini pastikan si pemakai dengan gaya chic yang tidak keterlaluan.

 

Nada minimalis chic Tiffany & Co.  dapat dibuktikan melalui koleksi East West® mini, iaitu rangkaian jam yang menembusi “peraturan” pembuat jam yang konvensional. Koleksi yang dilancarkan pada tahun 2015 ini diilham dari segi empat tepat jam pengembara 1940an.

 

Ia didatangkan dengan seutas tali kulit serta tali kulit double, bagi mereka yang mahukan stail kurang tradisonal — padan bersama dinamik jam tersebut. Koleksi East West®  mini ini mempunyai tiga kombinasi warna dan pasti teradapat sekurang-kurangnya satu yang menambat hati si gadis tres chic.

 

See also
Korner Mak Datin: Datuk ‘lembut’ Hambar Di Ranjang