Edisi Khas Hublot Gemersik Adi Patriotik Merdeka - Glam Malaysia

Edisi Khas Hublot Gemersik Adi Patriotik Merdeka

 

Bagi menanda jubli berlian akan kemerdekaan tanah air tercinta, hasil kolaborasi Hublot bersama The Hour Glass, yakni koleksi edisi terhad rangkaian ikonik Big Bang oleh Hublot telah diilham oleh mereka. Aspirasi mereka, yakni semangat 60 tahun kemerdekaan Malaysia telah diabadikan dalam reka seni utas jam-jam eksklusif ini. 

 

Bernafaskan usia ibu pertiwi, hanya 60 utas direka jenama Swiss ini dan hanya terdapat di Malaysia sahaja. Rangkaian Big Bang “Merdeka” ini didatangkan dengan kes seramik biru berdiameter seluas 44mm dan diilhamkan oleh teras utama Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Hublot. Ia didatangkan bersama tali kulit buaya, dihiasi dengan jahitan emas bagai memberi kehormatan kepada panji kebangaan negara, Jalur Gemilang.

 

Nombor “60” yang diukir emas turut menghiasi dial permukaan alat horologi tersebut sebagai rujukan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60, serta pembahagian jam, minit dan saat. “Kemajuan sesebuah negara adalah dari ujian masa. Tiada cara yang lebih baik untuk meraikkanya selain dari jam tangan khas yang menandakan peristiwa bersejarah itu. Koleksi Big Bang “Merdeka” adalah penghormatan oleh Hublot dan The Hour Glass bagi memperingatinya apabila ia bangkit dalam impian kebebasan 60 tahun yang lalu,” kata En. Teh Soon Kheng, Pengurus Besar The Hour Glass. 

See also
Bella Hadid Menepis Khabar Angin Dia Bersama Bekas BF Kendall Jenner

 

“Kami berbesar hati untuk meraikan kejayaanMalaysia. Dengan penggunaan bahan inovatif terbaru – seramik biru. Hublot Big Bang “Merdeka” benar-benar melambangkan “Art of Fusion,” kata CEO Hublot, En. Ricardo Guadalupe. Utas horologi ekslusif ini terdapat di butik Hublot di Suria KLCC dan kesemua butik The Hour Glass di Malaysia.