Trend – Warna Kehidupan Jotun untuk 2018

Kesibukan ibu kota, padang pasir, kehijauan semulajadi menjadi paksi Trend Warna Global Jotun 2018; Rhythm of Life. Tiga tema warna baru; City Motions, Silent Serenity dan Lush Garden tercipta untuk menyempurnakan setiap ambien dan mood di apa jua ruang kediaman urban.

 

Setiap tema warna dirumus khas oleh pakar-pakar warna Jotun yang diketua oleh Lisbeth Larsen, Pengurus Warna Global Jotun.

 

“Penyelidikan kami berjaya mengenal pasti tiga trend utama bagi penghuni-penghuni di setiap bandaraya global; keinginan mengalami kuasa pemulihan alam semulajadi; impian ketenangan serta kehidupan yang lebih perlahan dan tenang. Malah, menjadikan ruang hidup mereka salah satu ruang kreatif,” kata Lisbeth Larsen.

 

Sebanyak 32 kod warna baru diperkenalkan oleh Jotun termasuk City Motions; biru pekat, kelabu marmar dan coklat kayu, cerminan budaya kreatif kota moden dengan garis-garis hidup teratur dan bersih.

 

Manakala, Silent Serenity membawakan warna utama coklat, merah jambu dan coklat kekuningan yang diilhamkan oleh perjalanan nomad global dan gaya hidup pelbagai budaya.

 

Bagi yang mencintai kehijauan dan kesegaran alam semulajadi, tema Lush Garden menfokuskan kod warna berasaskan  biru-hijau dan merah.

 

Jotun turut menyediakan risalah warna dan formula padanan tema warna bagi membantu pengguna membuat pilihan warna mengikut pengcahayaan ruang, perasaan dan suasana yang berbeza.

 

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone