Trend - Memori Monokrom Omar Khan - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

Trend – Memori Monokrom Omar Khan

Muncul dalam industri reka bentuk menerusi karya-karya permaidani yang memecah langsung dimensi sedia ada, Omar Khan membawa potensi rekaan permaidani moden luar biasa.

 

Graduan dari Sekolah Reka Bentuk Parson di NYU dengan Ijazah dalam bidang animasi, Omar Khan mempersembahkan koleksi permaidani terbaru Grey Matters. Grey Matters adalah hasil kolaborasi Omar Khan Loom dan Artèfloor. #omarkhanloomxartefloor

 

 

Terdapat 8 rekaan permaidani untuk koleksi ini, Omar Khan meraikan pesona dan karakter anak-anak saudara tercinta pada setiap kepingan permaidani yang dicetak menggunakan benang Aurora. Benang Aurora, material inovasi baru yang diperbuat daripada 100 peratus serat sutera seni yang diputar menjadi benang tunggal.

 

Setiap satu permaidani berukuran 2.4m x 1.7m and 3m x 2m tercipta dalam 4 asas monokromatik hitam, putih dan kelabu. Gentian serat Aurora yang digunakan menjadikan tenunan permaidani ini berkilat dan sejuk pada sentuhan malah sesuai dalam keadaan lembap yakni iklim panas lembap Malaysia. Omar Khan bereksperimen corak geometri, abstrak dan floral cerminan gaya hidup moden dalam koleksi Grey Matters ini.

 

Lihat dan sentuh sendiri hamparan permaidani serba mewah ini di Artefloor, Aras 2, The Gardens Mall.

 

Slide untuk lihat gambar. 

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Omar Khan Loom x Artèfloor : Hamparan permaidani Aziz.