Trend - 15 Rekaan Lampu Candelier di Ruang Makan - Page 6 of 15 - Glam Malaysia

Trend – 15 Rekaan Lampu Candelier di Ruang Makan

Satu ruang sosial di kediaman yang berperanan penting merai dan melayani tetamu yang datang bertandang. Pencahayaan optimum amat penting agar ruang kelihatan selesa, terang dan tidak menganggu pandangan mata untuk berinteraksi atau ketika sedang menikmati makanan. Rekaan lampu loket moden; simetri lurus, diperbuat daripada logam berkilat sehingga kepada rekaan kontemporari, klasik mahupun avant-garde boleh dipertimbangkan jika kena pada keseluruhan gaya yang ingin diangkat penghuni.

 

 

Slide untuk lihat gambar. 

6 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Cahaya Belon 

 

 

Pemilik kediaman, Linda Findly Kozlowski, COO Etsy, memilih candelier gelembung kaca yang dibuat tangan daripada The Light Factory untuk impak drama di ruang makan. Meja dan bangku oleh Studio Moe, pemegang lilin vintaj dari Retro Spec List dan kabinet bufet dari Sapienza Design.