Tips memilih meja sisi

Tips Memilih Meja Sisi

photo-33

Gambar: ohmydearblog.com

Pemilihan meja sisi sangat penting dalam memastikan ruang kediaman kelihatan lengkap dan sempurna. Glam Deko berkongsi tips-tips dalam memilih meja sisi yang sesuai.

       

    1. Tentukan saiz yang tepat mengikut keluasan yang sedia ada. Pastikan ia tidak menganggu laluan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan tetamu tidak selesa untuk lalu-lalang.

 

    1.  Pastikan padan yang tepat mengikut ketinggian perabot lain di ruang. Contohnya andai sofa anda rendah, pastinya cacat andai meja sis berketinggian sederhana berada di sebelah. Pilih sama ada yang lebih rendah atau yang tinggi dan letakkan aksesori ringkas di atasnya.

 

    1.  Tekstur pada meja sisi juga boleh memberikan impak pada keseluruhan gaya. Pilihan permukaan marmar antara yang malar segar atau besi yang berkemasan rustik untuk gaya industri.

 

    1.  Beranikan diri untuk mencetus kontras pada pemilihan warna meja sisi. Keseluruhan set sofa dalam rona coklat gelap mungkin meja sisi rona biji sawi.

 

    1.  Jika pilihan sofa anda sarat dengan cetakan fabrik atau kulit mewah, pilih meja sisi yang lebih ringkas dan kemas rekaannya dan juga sebaliknya. Ingat less is more

 

See also
Bicara Ung Yiu Lin Mengenai Perkahwinannya