Bicara Landskap bersama Arkitek Landskap, Azry Fazamy

Teks : Nadia Zolkifli
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

_mg_0232s

 

Azry Fazamy berpengalaman luas dalam bidang seni bina landskap taman dan hias dalaman. Pernah mengikuti Pergerakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa – Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam usaha membaik pulih landskap lama kepada keadaan asal di sekitar Eropah.

 

Bagaiman mencipta landskap hijau di kediaman?

Pertama sekali, ketahui perihal penyelenggaraan, fungsi, praktikaliti dan gaya hidup seisi penghuni. Ini amat penting kerana membina landskap memerlukan komitmen berterusan. Pilih spesies tumbuhan yang tidak terlalu sensitif atau memerlukan penjagaan rapi. Tidak semestinya landskap memerlukan elemen air (water features). Adanya kolam, memerlukan lebih komitmen penyelenggaraan. Landscape is an overall view of our surrounding area. Landskap dibina harus selari dengan persekitaran kediaman.

 

Bagaimana membentuk taman bunga bersesuaian iklim negara kita?

Ramai yang silap dengan menanam bunga ros. Hakikatnya, bunga ros tidak subur dengan iklim panas lembap. Ini adalah tanaman yang sering kelihatan di taman-taman Eropah. Anda harus melihat landskap halaman rumah kampung yang menanam bunga melur, bunga cempaka, bunga tahi ayam yang tumbuh subur kerana sesuai dengan iklim khatulistiwa negara kita.

 

The easiest way to create small garden?

Anda boleh mulakan dengan menanam rumput. Gunakan rumput jenis cow grass dan bukan rumput karpet kerana rumput jenis ini bersifat heavy duty. lebih mudah terjaga. Malah, lebih subur, padat dan hijau apabila dipotong berbanding rumput karpet yang mudah mati dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Kemudian, aturkan hanya satu tumbuhan rimbun daripada spesies tall shrubs. Pokok spesies ini tidak merosakkan permukaan tanah yang keterlaluan apabila matang.

 

Apakah kesilapan mereka bentuk landskap?

Elakkan konkrit keseluruhan permukaan halaman rumah. Biarkan sedikit halaman hijau kerana ini membantu tanah melepaskan haba yang terkandung di dalamnya. Jangan tanam pokok buah-buahan seperti mangga, rambutan atau cempedak di halaman rumah. Ini kerana, apabila pokok membesar, struktur akar mampu merosakkan permukaan tanah atau konkrit halaman rumah.

 

Bagaimana mencipta taman di dalam rumah seperti taman dapur?

Tanam tumbuhan yang boleh dimakan dan tidak terlalu besar apabila matang seperti herba. Tumbuhan jenis ini juga tidak memerlukan penjagaan rapi.

 

Pokok tropika kegemaran?

Pokok Licuala Grandis,  dan pokok dari spesies palm. Di zaman kolonial, British telah memilih pokok-pokok jenis palm seperti Travelers Palm, Multiple Palm, Javanese Palm yang tumbuh subur di iklim tropika. Kita seharusnya mengekalkan pokok-pokok spesies ini untuk landskap negara kita.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone