Seni Bina - Perpustakaan Futuristik di China - Glam Malaysia

Seni Bina – Perpustakaan Futuristik di China

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Syurga buat pencinta buku! Perpustakaan Tianjin Binhai, China, projek kelolaan firma arkitek Belanda, MVRDV. Struktur luar biasa – auditorium sfera gergasi di tengah-tengah bangunan setinggi lima tingkat ini.

 

Struktur luar biasa – auditorium sfera gergasi di tengah-tengah bangunan dan atrium utama, membentuk mata yang bertindak sebagai titik fokus ruang dalaman perpustakaan. Ini menjadikan perpustakaan ini digelar, The Eye of Binhai.

 

Bangunan dibina dengan lima aras, berkeluasan 34, 000 meter persegi mampu menampung kapasiti sehingga 1.2 juta buku.

 

MVRDV turut bertindak membina rak buku yang mampu meransang reka bentuk sfera di seluruh atrium. Lekukan ruang rak terus dilanjakkan – membawa pengguna sehingga ke tengah-tengah perpustakaan, sebelum melihat terus ke sekitar bangunan yang berbentuk louvers.

 

Banyak kemudahan  disediakan termasuk kawasan bacaan di tingkat bawah, ruang istirehat di bahagian tengah dan pejabat, ruang pertemuan dan bilik komputer/ audio di tingkat atas.

 

See also
KANVAS EMAS KIM IL TAE

Perpustakaan Tianjin adalah sebahagian daripada pelan induk arkitek Jerman GMP, 120,000m2 yang dibina bertujuan untuk menyerlahkan ciri-ciri daerah sekitarnya. Menerusi reka bentuk ini, kompleks akan menjadi titik simpang bagi CDB, bandar lama, daerah kediaman, kawasan komersial dan suku kerajaan.

 

Projek kerjasama Institut Perancangan dan Reka bentuk Bandar Tianjin (TUPDI) ini siap pada 2009 dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

 

Slide untuk lihat gambar.

 

Gambar : Google