Santai - 5 Lokasi Kafe & Restoran Hip Ideal - Glam Malaysia

Santai – 5 Lokasi Kafe & Restoran Hip Ideal

Lihat barisan kafe dan restoran baru dan hip sesuai untuk merai hari istimewa atau sekadar bersantai di hujung minggu bersama teman-teman.

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

  1. Atlas Gourmet

 

 

Dengan pembukaan hotel terkemuka, Four Seasons Kuala Lumpur, mereka turut menyediakan ruang khusus untuk membeli belah dan menikmati gastronomi terkini dengan keselesaan dan suasana lebih santai dan kasual. Terbaru Atlas Gourmet telah membuka pintunya dengan konsep unik dan tersendiri. Menawarkan pilihan ruang makan dan pasar gourmet, ia sememangnya konsep terbaharu di Kuala Lumpur. Dengan tiga pilihan outlet, Atlas Gourmet Market, Atlas Bistro dan Atlas Pizzeria, setiap satunya membawakan pilihan yang tersendiri. Lebih unik lagi, di Atlas Gourmet Market, anda boleh memilih juga membeli sendiri bahan yang hendak anda nikmati dan disediakan terus di Bistro oleh chef berpengalaman di sini. Manakala jika hanya ingin bersantai bersama teman, pilihan menu di Pizzeria sememangnya membuatkan anda rambang mata dengan seleksi yang diinspirasikan daripada palet rasa tempatan seperti “Made In Malaysia”. Yang pastinya setiap satu hidangan di sini disediakan segar untuk anda.