Sajian Raya - Resipi Biskut Telur Masin bersama Bijan Hitam - Glam Malaysia

Sajian Raya – Resipi Biskut Telur Masin bersama Bijan Hitam

Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan

 

Biskut Semperit, Almond London, Suji dan Tart Nenas adalah antara kuih-kuih raya tradisional yang kekal berzaman. Kuih Raya wajib disediakan oleh setiap tuan rumah sebagai perhiasan di meja dan snek kudap-kudapan untuk tetamu yang menziarah. Alasan tidak berpengalaman, sudah tidak lagi bermakna. Evolusi teknologi menjadikan dunia hanya di hujung jari.

 

Bersempena raya tahun ini, team GLAM Deko menyahut cabaran mempelajari beberapa jenis kuih raya moden di The Cooking House. Setiap sesi kelas masakan dibantu oleh barisan chef berpengalaman. Sepanjang sesi kelas masakan bersama GLAM Deko – dilakukan secara hands-on dan ini memberi saya dan team peluang untuk mendalami setiap bahan dan teknik yang digunakan untuk membuat biskut dan snek sesuai untuk Hari Raya antaranya biskut Telur Masin bersama Bijan Hitam.

 

Resipi Biskut Telur Masin bersama Bijan Hitam

 

See also
GLAM DEKO Feb/Mac 2015

Bahan – bahan

120 gm mentega tanpa garam
45 gm gula aising
⅛ sudu kecil garam
4 biji telur masin
125 gm tepung ubi
80 gm tepung
1 biji telur kuning
Bijan Hitam sebagai hiasan

 

Slide untuk lihat gambar :

1 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Biskut Telur Masin bersama Bijan Hitam