Ruang – 20 Inspirasi Ruang Tamu Menawan Di Aidilfitri

Ruang tamu, ruang sosial seisi penghuni untuk bersantai bersama keluarga atau meraikan tetamu. Menjelang Syawal, GLAM Deko himpunkan gambar-gambar dekor dan reka bentuk ruang tamu ilham pereka-pereka terkenal dunia sebagai inspirasi menghias. Tidak semestinya semua perlu ditukar baru, hanya bertukar reka letak, memperbaharui kemasan fabrik dan kehadiran aksesori seperti dulang, pemegang kaki lilin dan pasu-pasu kecil buat pembangkit seri ruang.

 

 

Slide untuk lihat gambar :-

4 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

Struktur seni bina kolonial klasik dikekalkan pada reka bentuk tetingkap labuh dan daun pintu. Sofa fabrik linen dalam campuran paten floral, jejalur dan polos dilihat serasi membentuk satu ruang sosial yang indah dan bercitarasa tinggi.

 

Rekaan Gauthier Stacy Inc.