Ruang - 20 Inspirasi Ruang Tamu Menawan Di Aidilfitri - Glam Malaysia

Ruang – 20 Inspirasi Ruang Tamu Menawan Di Aidilfitri

Ruang tamu, ruang sosial seisi penghuni untuk bersantai bersama keluarga atau meraikan tetamu. Menjelang Syawal, GLAM Deko himpunkan gambar-gambar dekor dan reka bentuk ruang tamu ilham pereka-pereka terkenal dunia sebagai inspirasi menghias. Tidak semestinya semua perlu ditukar baru, hanya bertukar reka letak, memperbaharui kemasan fabrik dan kehadiran aksesori seperti dulang, pemegang kaki lilin dan pasu-pasu kecil buat pembangkit seri ruang.

 

 

Slide untuk lihat gambar :

1 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

Iacono Residence, unit apartmen di New York diberikan penataan moden klasik. Padanan perabot dari material pelbagai yakni fabrik dan kulit memberi rasa lebih mewah klasik. Spektrum warna coklat alami menguasai dari segi warna perabot, kemasan fabrik langsir dan aksesori kusyen.

 

Rekaan Elena Frampton daripada firma reka bentuk Frampton Co.