Ruang - 15 Reka Bentuk Dapur Saiz Kecil - Glam Malaysia

Ruang – 15 Reka Bentuk Dapur Saiz Kecil

Dapur berfungsi sebagai jantung kediaman. Segala akvititi seisi penghuni bermula disini yakni dari sarapan sehingga makan malam. Syawal bakal menjelma, dapur akan menjadi semakin sibuk. Keluasan reka pelan bukan lagi punca utama ruang kelihatan tidak bergaya dan sukar berfungsi. Lihat 15 gambar inspirasi reka bentuk dapur bersaiz kecil yang mungkin boleh anda ceduk gayanya.

 

 

Slide untuk lihat gambar :

1 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang dapur di satu apartmen di Paris memaparkan gaya serba mewah. Gantungan lampu loket rekaan Tom Dixon buat menerangi reka bentuk kabinet berpulau yang ditempah khas. Dua bangku kayu oleh Mater Design. Gajet elektronik ketuhar dan peti sejuk daripada Gaggenau dan aksesori sinki daripada Franke.