Resipi – Salad Avokado Strawberi bersama Sos Rasberi

Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin 
Gambar : Patrick Chan
Resipi : Pickle & Fig TTDI

 

Kini semakin ramai yang mengambil berat menu makanan seimbang untuk kekal sihat dan bertenaga. GLAM Deko mengesyorkan sajian mudah, namun sarat khasiat selain enak dinikmati sepanjang masa. GLAM Deko sempat menjenguk ke dapur, cafe Pickle & Fig di Jalan Tun Mohd Fohad 2, Taman Tun Dr. Ismail untuk mendapatkan resipi salad mudah dan enak ini.

 

 

Salad Avokado Strawberi bersama Sos Rasberi

 

Sos Rasberi

10 gm rasberi
10 gm strawberi
60 ml minyak zaitun
4 gm Dijon Mustard
10 gm gula perang
20 ml cuka putih
20 ml air

 

Cara menyediakan

 

  1. Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengisar. Kisar sehingga kesemua bahan sebati.
  2. Tuangkan di atas salad daun pilihan seperti wild rockets, avokado, strawberi, kepingan badam dan biji chia.

 

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone