Resipi Kek Musang King Shiok! oleh DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

Resipi Kek Musang King Shiok!

Studio10070

Gambar : KK Yong Arahan Seni : Afiq Khairudin

Resipi istimewa oleh DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

Bahan – bahan

Asas Biskut

200 gm biskut coklat cip DoubleTree

25 gm mentega dicairkan

 

Kek Keju Soufflé Durian

150 gm krim keju

75 gm telur kuning

40 gm mentega

3 nos telur putih (untuk meringue)

45 gm gula (untuk meringue)

25 gm tepung kek

15 gm tepung jagung

100 gm isi durian

 

Kek Span Kopi

200 gm campuran kek span

4 nos telur

60 gm minyak jagung

60 gm air

5 gm serbuk Nescafe

 

Mousse Durian

500 gm isi durian Musang King

150 gm sirap gula melaka

1 nos telur

350 gm krim putar

15 gm gelatin (dilembutkan menggunakan 75 ml air)

 

 

Profiterole

500 ml susu penuh krim

250 gm mentega

5 gm garam

10 gm gula

300 gm tepung

7 nos telur

 

Kastad Durian untuk Profiterole

250 gm krim pastri

See also
Jom Sanitasi Tangan & Kediaman Anda Dengan Tanamera

150 gm isi durian

 

 

Salted Caramel Butter Cream (aising kek)

500 gm mentega

250 gm gula

63 ml air

120 gm telur putih

100 gm salted caramel

 

Cara menyediakan

Asas Biskut

  1. Satukan biskut coklat cip DoubleTree yang dihancurkan bersama mentega cair.
  2. Masukkan adunan biskut ke dalam acuan tin kek bersaiz 8 inci dan ratakan. Sejukkan di dalam peti sejuk.

 

Kek Keju Soufflé Durian

  1. Pukul krim keju bersama krim putar di dalam bain marie. Masukkan telur kuning dan gaul sebati. Tambahkan mentega ke dalam adunan dan ketepikan.
  2. Pukul bahan-bahan meringue; telur putih bersama gula sehingga adunan meringue terbentuk.
  3. Satukan adunan meringue bersama adunan krim keju tadi. Kemudian, masukkan tepung kek dan tepung jagung ke dalam adunan.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan tin kek dan kukus pada suhu 160 darjah selsius selama 45 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk.

 

Kek Span Kopi

  1. Pukul telur bersama air dan campuran kek span sehingga mencapai peringkat riben.
  2. Campurkan minyak jagung bersama serbuk Nescafe dan tuangkan ke dalam adunan kek span. Gaul sebati.
  3. Bakar kek pada suhu 180 darjah selsius selama 8 minit.
See also
GLAM Deko Diari - Pilihan Manisan Ramadan

 

Mousse Durian

  1. Pukul telur. Panaskan gula melaka dan tuangkan adunan telur tadi. Teruskan mengacau.
  2. Satukan gelatin yang telah lembut bersama isi durian Musang King.
  3. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian tadi.

 

Profiterole

  1. Didihkan susu, air, garam, gula dan mentega di dalam periuk.
  2. Apabila adunan mendidih, masukkan tepung dan kacau sebati. Ketepikan. Masukkan adunan susu ke dalam mangkuk mesin pemukul.
  3. Kemudian, masukkan telur satu per satu ke dalam adunan dan pukul adunan sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam beg piping dan pipe pes adunan berbentuk bulat di atas dulang pembakar.
  5. Bakar profiterole pada suhu 200 darjah selsius selama 20 hingga 25 minit bergantung saiz profiterole.

 

Kastad Durian untuk Profiterole

  1.  Satukan kesemua bahan dan kacau sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam beg piping dan pipe ke dalam profiterole yang telah siap dimasak.

 

Salted Caramel Butter Cream (aising kek)

  1. Untuk menyediakan salted caramel, cairkan 150 gm gula aising di dalam kuali. Apabila gula cair dan keperangan, tambahkan 75 gm mentega dan garam laut secukup rasa. Ketepikan.
  2. Pukul telur putih.
  3. Didihkan air dan gula sehingga mencapai suhu 118 darjah selsius.
  4. Tuangkan sirap ke dalam adunan telur putih dan gaul sebati.
  5. Kemudian, tuangkan adunan caramel ke dalam adunan telur tadi dan gaul sebati.
See also
Melentingkah Suami Jika Ditegur Isteri?