Resipi Kek Keju Blueberry – Upstairs Café, Subang

Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

ONE_4716

Bahan – bahan :

Kerak kek

 

1 cawan biskut gandum berserat dihancurkan

2 sudu besar mentega tanpa garam

½ cawan gula perang

½ cawan kacang walnut dipotong kecil

 

 

Kek Keju

 

350 gm krim keju Philadelphia dilembutkan

2/3 cawan gula aising

2 sudu besar ekstrak vanila

3 cawan krim putar

4 sudu kecil gelatin tanpa perisa

¼ cawan air panas

½ cawan puri beri biru

 

Cara menyediakan :

 

Kerak Kek

 

  1. Kisar biskut gandum berserat, mentega, gula perang dan kacang walnut sehingga adunan memejal dan mudah dibentuk.
  2. Masukkan adunan ke dalam dulang kek dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk.

 

Kek Keju

 

  1. Pukul krim keju bersama gula dan ekstrak vanilla sehingga sebati menggunakan tangan atau pemukul tangan elektronik.
  2. Cairkan gelatin ke dalam air panas dan biarkan sejuk seketika. Boleh juga gunakan gelatin kering.
  3. Apabila gelatin sejuk, masukkan ke dalam adunan keju dan pukul sehingga adunan mengembang dan gebu.
  4. Kemudian, masukkan krim putar dan kacau sehingga mesra.
  5. Tuangkan adunan keju ke atas dulang kek tadi.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone