Cenderamata Istimewa Royal Selangor

2018 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Dengan itu, apa kata akhiri penghujung tahun dengan meraikan yang tersayang dan sahabat handai dalam suasana penuh kemeriahan dan limpahan kemilau elegan.

 

Royal Selangor tidak pernah gagal untuk menjadi sebahagian dalam hidup individu untuk apa jua situasi. Sentiasa menerapkan elemen saat-saat terindah dalam hidup, kali ini Royal Selangor mahu membantu anda mencari hadiah istimewa buat tersayang sepanjang musim perayaan kali ini.

 

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Summer Flavours

 

Koleksi piuter ini menzahirkan suasana musim panas; bercirikan bunga-bungaan bermekaran seperti Eustoma dan Peoni. Royal Selangor mahu membangkitkan memori al fresco happy hours, parti barbeku bersama rakan-rakan di taman landskap atau parti di taman gazebo menerusi cetusan warna-warna hangat musim panas.

 

Reka bentuk koleksi Bar berlandaskan gaya streamlined retro-future memberi impak estetik era 50-an dan 60-an.