Promosi - Menangi Percutian di Bon Ton Resort, Langkawi - Glam Malaysia

Promosi – Menangi Percutian di Bon Ton Resort, Langkawi

 

 

 

Bon Ton Resort, Langkawi

 

Percutian 3 hari 2 malam di Bon Ton Resort, Langkawi untuk dua orang bernilai RM2,300

 

Bon Ton Resort Langkawi adalah sebuah lokasi percutian pulau yang paling bergaya, unik dan intim di pulau lagenda, Langkawi. Penginapan lapan rumah antik “Kampung Melayu” yang mencecah usia antara 60 hingga 120 tahun, dipulihkan dengan indah dan sempurna membentuk suasana perkampungan rumah Melayu lama, asli dan unik. Setiap satunya dihias secara individu dalam gaya Aseana yang tersendiri, penuh berkarakter. Dipimpin oleh Narelle McMurtrie, Bon Ton Resort kekal eksklusif ibarat sebuah percutian intim untuk merehatkan minda dan diri.

 

Resort ini dibina di kawasan kampung yang tenang dipayungi pepohon kelapa selain diperhebatkan dengan kehadiran kolam renang dan jakuzi sebagai tarikan utama. Lebih istimewa, saujana mata memandang menyaksikan panorama alam terbentang luas yang mengadap kawasan sawah dan bukit bukau. Tidak lengkap penginapan di sini tanpa menikmati menu enak bertemankan ambien ruang indah di Nam Restaurant di Bon Ton, yang dianggap sebagai salah satu restoran terbaik di pulau Langkawi. Restoran dan bar lounge menyediakan garapan menu menarik berkonsep eklektik, iaitu kombinasi rasa timur dan gastronomi Barat. Lounge bar ini direka berkonsep funky berlokasi di salah sebuah rumah kedai Cina lama.

See also
Sejenak - Ilham Peribadi Quirky

 

 

Bulan ini, GLAM Deko dan Bon Ton Resort Langkawi menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut:

 

  1. Repost gambar ini di akaun Instagram anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway, tag orang yang ingin anda bawa ke Bon Ton Resort, Langkawi dan beritahu kami mengapa anda ingin membawanya bersama
  2. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
  3. Tag #bontonresortlangkawi dan @glamdekomy
  4. Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan menerusi e-mel pada 18 Jun 2018

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada  11.59pm, 4 Jun 2018 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 18 Jun 2018 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
See also
Promosi - Menangi Percutian di Hotel Element, Kuala Lumpur