Promosi – Menangi Percutian di Avani Sepang Goldcoast Resort

 

 

 

Keindahan salah satu dari kamar Vila atas air Avani Sepang Goldcoast Resort bersaksikan panorama laut yang mendamaikan

 

 

Avani Sepang Goldcoast Resort

 

Percutian 3 hari 2 malam di Avani Sepang Goldcoast Resort dengan sarapan dan makan malam romantik untuk dua orang bernilai RM2,608

 

Avani Sepang Goldcoast Resort, penginapan bertemankan keindahan persekitaran resort yang menjanjikan ketenangan, juga privasi untuk bersama tersayang. Dipengaruhi seni bina tropika, Avani Sepang Goldcoast Resort memperlihatkan jalinan kontemporari bersemi natural buat mencipta ambien penuh mempesonakan. Memayungi 315 vila atas air yang diinspirasikan oleh gaya Polynesian kontemporari, Avani Sepang Golcoast Resort menawarkan pilihan vila untuk satu, dua dan tiga bilik.

 

Keluasan setiap vila bermula dari Vila Superior bersaiz 52 meter persegi, Family Vila bersaiz antara 82 meter persegi dan 232 meter persegi serta Vila dua bilik bersaiz 122 meter persegi. Setiap Vila direka dan dibina di atas air menghadap pemandangan laut yang menjanjikan panorama indah. Reka bentuk dan struktur siling kayu, selain binaan panel, kemasan lantai dan perabot juga dari medium yang sama menterjemahkan penginapan berkonsepkan mood resort kontemporari.

 

Tidak lengkap penginapan tanpa menikmati sajian enak dan memikat selera. Dengan seleksi enam buah restoran dan cafe buat pengunjung menikmati rasa sebenar kulinari orang tempatan. Berilhamkan gastronomi tempatan, Restoran Sepoi-Sepoi menafsirkan resipi asli dalam cetusan rasa kontemporari. Hai Sang lou, restoran berorientasikan rasa berbeza, Kafe Perahu untuk makan malam romantik, selain Kafe Bila-Bila, Stimbot dan Selat Bar yang pasti mengundang selera semua. Turut disediakan Avani Spa buat membelai dan memanjakan diri dan melarutkan segala lelah di minda.

 

Bulan ini, GLAM Deko dan Avani Sepang Goldcoast Resort menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai peraduan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut;

 

  1. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
  2. Repost pada akaun anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway
  3. Tag #avanisepanggoldcoast dan @glamdekomy
  4. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah like yang diterima
  5. Kami akan mengumumkan pemenang yang berjaya pada 15 Mac 2018

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada  11.59pm, 28 Februari 2018 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 15 Mac 2018 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.