Pelaburan Terbaik

Pelaburan Bijak

 

Dalam mendekorasi kediaman, bajet merupakan perkara yang menjadi keutamaan saat anda mempertimbangkan suatu pembelian. Pada peringkat awal projek anda, tumpuan haruslah diberikan kepada perkara utama dan berskala besar kerana ia memberikan impak yang segera pada ruang kediaman. Untuk perkara utama dalam kediaman ada kalanya lebih baik anda melabur dengan tanda harga yang sedikit tinggi kerana ia mampu memberikan jangka hayat yang lebih lama. Kami bariskan lima perabot dan kelengkapan utama yang merupakan pelaburan yang bijak boleh anda pertimbangkan khususnya untuk mereka yang merancang melengkapi kediaman pertamanya.

 

1 of 6

 SOFA 

rolf benz sofa digital

Sofa Areo jenama Rolf Benz

 

 

  1. Sofa

Antara perabot utama yang kelihatan saat anda memasuki ruang tamu sememangnya memerlukan perhatian yang khusus. Jangan terlalu gopoh membeli sofa serta selidik beberapa pilihan dan gariskan apakah elemen yang menjadi pilihan anda. Nate Berkus menyatakan dia mengambil masa berbulan lamanya untuk mendapatkan sofa yang betul serasi untuk kediaman pertamanya dan kini sofa itu telah bersamanya lebih dari sedekad. Pilihan yang malar segar dan berkualiti penting untuk jangka hayat yang lama. Jangan terikat pada trend mahupun tema dekorasi. Asalkan ia selari, anda boleh menggunakan warna atau kusyen tambahan sebagai elemen pengikat antara sofa dan tema keseluruhan ruang.

See also
20 Seni Bina Ikonik Seluruh Dunia