Menu Sihat – Resipi Kuskus bersama Salmon

EatwithMuneGambar : Jabir Suhirlan (Shutter Studio) Arahan Seni : Afiq Khairudin

 

Kuskus bersama Salmon

521 kalori, 40 gm karbohidrat, 9 gm lemak, 24 gm protein

 

Bahan – bahan

 

100 gm filet salmon

40 gm kuskus

2 sudu besar minyak zaitun

15 gm bawang besar dipotong dadu

15 gm lada benggala dipotong dadu

15 gm tomato dipotong dadu

15 gm brokoli

¼ bahagian avocado

½ sudu kecil lada hitam

 

Cara menyediakan

 

    1. Perap salmon bersama lada hitam, liquid aminos dan minyak zaitun.
    2. Panaskan kuali dan goreng salmon bermula di bahagian kulit.
    3. Kemudian, rebus kuskus dan perasakan bersama liquid aminos dan oregano kering.
    4. Tumis lada benggala, bawang besar, bawang putih, brokoli dan tomato.
    5. Letakkan kuskus di dalam pinggan dan salmon di atas kuskus.
    6. Taburkan sayur-sayuran yang telah ditumis tadi di atas salmon.

 

Resipi : Eat with Mune