Menu Hujung Minggu: Creme Brulee

02A155Y3
 
Chef Nik Michael Imran berkongsi resipi mudah untuk sediakan dessert kegemaran ramai ini. Tentunya ia bakal menjadi pelengkap kepada jamuan anda bersama yang tersayang hujung minggu ini.
 
Bahan-bahan

3 biji kuning telur

60 gm gula

150 ml susu

150 krim

1 sudu kecil ekstrak vanila

Gula untuk blowtorching
 
Cara Menyediakan:

  1. Pukul kuning telur bersama gula sehingga adunan pucat.
  2. Panaskan krim, susu dan ekstrak vanilla sehingga suam. Tuangkan ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata.
  3. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam ramekin dan masak secara water bath di dalam ketuhar selama 45 minit. Tutup creme brulee dengan kertas aluminium ketika membakat.
  4. Taburkan lapisan gula di atas creme brulee dan cairkan gula menggunakan penunu gas tangan sehingga gula perang keemasan.

 
 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone