Menjaga Peti Sejuk

Samsung Food ShowCase Refrigerator - Image 1

Peti Sejuk Food ShowCase jenama Samsung

 

Sebagai lokasi utama anda menyimpan makanan, keadaan peti sejuk anda haruslah sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Selain dapat mengelakkan makanan yang disimpan tercemar, ia turut memudahkan anda saat mencari menu yang hendak dimasak pada hari tersebut. Jika betul cara penjagaanya, jangka hayat peti sejuk anda turut boleh dipanjangkan, oleh itu kami kongsikan beberapa cara mudah untuk memastikan peti sejuk anda dapat beroperasi dengan optimum.

 

  1. Periksa suhu dalaman

Kadang kala anda mungkin menyimpan makan yang baru dimasak terus ke dalam peti sejuk. Ini adalah tidak digalakkan kerana ia akan menjatuhkan suhu peti sejuk dan memberi kesan kepada makanan lain yang disimpan. Ini juga perlu dilakukan jika anda telah membuka pintu peti sejuk dalam jangka masa yang agak lama.

 

  1. Periksa gasket

Pada pintu peti sejuk anda terdapat kepingan getah yang memastikan pintu tertutup rapat dan menghalang haba sejuk dari keluar. Selain memastikan ia tidak terhalang, anda perlu kerap mencucinya untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Jika ia sudah longgar, dapatkan perkhidmatan penukaran kerana ia mampu menambah kadar penggunaan elektrik dalam situasi ini.

 

  1. Cuci dengan kerap

Bukan sahaja saat anda tertumpahkan sesuatu di dalam peti sejuk, bahagian dalamannya perlu di cuci dengan kerap. Kadar seminggu sekali adalah memadai untuk mengelakkan pembiakan bakteria selain kumpulan kotoran yang melekat degil pada permukaan ruang simpanan makanan.

 

  1. Pastikan tertutup rapat

Pintu peti sejuk anda tertutup rapat pada setiap masa. Andai anda mengalami gangguan bekalan elektrik, elakkan membuka peti sejuk secara kerap kerana haba sejuk yang keluar tidak dapat diganti. Rancang kadar pembukaan dan maksimakan kegunaan setiap kali ia dibuka.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone