Mainan warna merah dan emas

Gaya ideal untuk perayaan Tahun Baru

Teks : Shahril Hadi Halim

Idea Merah & Emas

 
Sama ada anda menyambut perayaan ini mahupun sekadar mahu memeriahkan suasana tidak ada salahnya jika anda terfikir untuk menyuntik sedikit elemen perayaan yang diraikan ini. Warna merah dan emas dipercayai mampu membawa tuah kepada masyarakat Cina, tambahan pula apabila merayakan Tahun Baru mengikat kalendar Lunar.
 

 
Kedua-dua warna ini mempunyai karakter dan personaliti yang tersendiri namun mudah disuai padan tambahan pula jika palet asa kediaman anda adalah dalama curahan warna neutral. Gaya Chinoiserie Chic sememangnya antara pengaruh gaya oriental yang dipermodenkan dan sering mendapat perhatian untuk yang menggemari pilihan lebih subtle dan terkini. Manakala rona metalik seperti emas, gangsa dan perak sememangnya hangat kebelakangan ini pengaruh dari industri fesyen dan faktor lain.
 

 
Jika anda mahu bermain rona emas, pilihan perabot boleh anda pertimbangkan. Dapatkan sesuatu yang direka dalam gaya moden dan ringkas untuk tidak terlihat terlalu klasik. Oleh kerana rona ini malar segar, jika anda mendapatkan sesuatu yang tepat, ia bakal menjadi item pelaburan yang baik. Untuk rona merah pula, andai anda khuatir pancaran warna yang terlalu kuat, pilihan kemasan lembut paling ideal keran ia mudah ditukar ganti. Namun pilihan perabot yang tepat boleh menjadi titik fokus pada ruang yang terlihat polos dan santai.
 

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone