Laporan Maison & Objet Paris 2016 - Glam Malaysia

Laporan Maison & Objet Paris 2016

[soliloquy id=”46559″]

 

 

 

 

 

Pameran seni reka bentuk industri dan hias dalaman paling berprestij, Maison & Objet dilangsungkan di Paris Nord Villepinte. Terbahagi kepada tiga bahagian utama; MAISON yang menyediakan paparan dekorasi dan keperluan ruang dalaman, OBJET; yakni rangkaian produk-produk deko dan perhiasan ala gaya butik dan diikuti oleh LUXURY, DESIGN & INTERIOR DECORATION yang melibatkan nama-nama besar dalam industri dan menjadi rujukan para pereka bentuk dan arkitek ternama serta pemilik rangkaian hotel tersohor dunia.

 

Tahun ini turut menyaksikan pelantar digital baru yang dilancarkan oleh Maison & Objet sebagai kemudahan penpamer mempersembahkan koleksi produk terbaru kepada pengunjung.

 

Trend Watchers

 

Berpegang kepada prinsip, “We are not trendsetters,” Francois Bernard, pereka bentuk dan penata gaya terkenal Perancis tampil memperlihatkan aliran terbaru yang menjadi penggerak industri reka bentuk dunia bagi Maison & Objet 2016. Dia mengatakan, tahun ini membawa teori trend amat jelas; yakni timbulnya idea dan inspirasi alam semulajadi.

See also
Rahsia Awet Muda

 

Berbekalkan teori ini, dia menata ruang menarik di dalam Dewan 7 yang diberi nama WILD. Berilhamkan oleh sifat liar alam semulajadi yang boleh disepadukan oleh pencinta dekorasi ke dalam sesebuah ruang atau rekaan. Dalam proses ‘menjinakkan’ sifat asal alam yang liar pelbagai ciptaan dan hasil kerja menarik menjadi realiti.

 

“Di kota metropolitan ini, ramai masih ingin mendekati dan menghayati keindahan alam semulajadi. Justeru, konsep ‘liar’ ini diungkapkan secara tersirat melalui tata cara pereka bentuk tersendiri di dalam konteks moden hari ini,” ulas Francois.

 

Talent Alert

 

Dewan 7 turut mempamerkan barisan produk-produk hiasan dalaman termasuk koleksi lampu terkini, barang berunsurkan kemasan logam dan tembaga, rekaan kerusi bermacam ragam dan aksesori diperbuat daripada fabrik.

 

Koleksi daripada enam pereka Scandinavian Rising Talents yang diterbangkan khas dari benua utara Eropah. Mereka ialah Farg & Blanche (Sweden), Katriina Nuutinen (Finland), Studio Kneip (Norway), Troels Flensted dan Jonas EDvard (Denmark) serta Kjartan Oskarsson (Iceland).

See also
Sejenak - Binaan Oasis Peribadi Indah

 

Mereka ini dipilih khas oleh rata-rata penggiat industri reka bentuk dalaman serata dunia sebagai kumpulan perintis yang bakal melonjakkan prestij dunia reka bentuk ke tahap seterusnya.

 

Pereka bentuk kerusi Masters bagi Kartell dan perantis, Phillipe Starck sempat berkongsi pendapat dan nasihat di ruang pamerannya ketika acara berlangsung.

 

Designer of the Year

 

Eugeni Quitllet dari Ibiza, Sepanyol telah dinobatkan sebagai Designer of the Year, Maison & Objet Paris tahun ini. Quitllet mempersembahkan reka bentuk lampu, The Dream Catcher; berinspirasikan kehidupan zaman kanak-kanak di perairan pantai Ibiza.