GLAM Deko Kediaman – Gaya Moden Kontemporari

The Floating House

Teks : Shahril Hadi Halim

Video : David Bay

 
Lokasi di puncak bukit ini jelas memberikan kelebihan buat kediaman yang terletak di strategik di bandaraya Johor Bahru. Lantas ramai yang tertanya mengapa memilih nama The Floating House sedangkan lokasinya bukanlah di atas sebuah tasik mahupun di pinggir pantai.

“Kerana saya mereka ruang tamu kediaman ini seolah-olah terapung di atas kolam air. Lebih menarik lagi, anda boleh melihat koleksi ikan berenang-renang di pinggir sisi ruang tamu ini.”

 
Kediaman yang direka dan dimiliki oleh Ar. Saadon Hj Mohd Yusof ini mengambil kira beberapa elemen penting untuk memastikan rekaan dan praktikaliti ruang mencapai tahap maksima. Oleh kerana kedudukannya yang terletak di laluan arah angin, ternyata konsep terbuka yang diterapkan menjadikan ruang kediaman tampil santai dan mendamaikan. Untuk memastikan kediaman sentiasa nyaman, idea cross ventilation diterapkan dengan mengambil kira arah pergerakan matahari terbit dan terbenam agar haba panas tidak menganggu keselesaan saat berada di kediaman.
 

 
Untuk melengkapi kediaman ini, Ar. Saadon memilih untuk menggunakan sistem yang moden berbanding rekaan kediaman konvensional. Teknologi lif yang membantu membawa makan dari tingkat bawah ke aras satu yang menempatkan ruang makan dan ruang tamu adalah salah satu antara idea teknologi yang diterapkan. Sebagai pelengkap wajah kediaman, gaya kontemporari moden menjadi pilihan.

 

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone