Resipi Kekapis Panggang Dan Salad Kentang Bersama Dressing Truffle Dari Firdaus Hanan

Kekapis Panggang Dan Salad Kentang Bersama Dressing Truffle

Teks: Nadia Zolkifli
Penyelaras, Konsep, Arahan Seni & Penata Gaya: Afiq Khairudin
Gambar: Wan Izhar (One Digital Solution)
 
Firdaus Hanan mula menyinari dunia kulinari tempatan menerusi program masakan urban, MAKAN, dan juga seorang pensyarah kulinari di UiTM, Shah Alam. Pakar dalam menghasilkan pastri dan pemanis mulut. Firdaus berkongsi resipi bagi anda yang ingin menghidangkan menu romantis lagi istimewa buat pasangan.
 
Kekapis Panggang Dan Salad Kentang Bersama Dressing Truffle1
 
Kentang Panggang Dan Salad Kentang Bersama Dressing Truffle
 
Bahan-bahan
6-10 biji kekapis laut
200gm salad mikro hijau
8 biji ubi kentang (saiz besar)
3 sudu besar minyak zaitun
Secubit serbuk kari
Vinaigrette
Lada hitam dikisar
 
Truffle Dressing
1 biji telur kuning
1 sudu kecil cuka Sherry
½ sudu kecil serbuk mustard
Secubit garam laut halus
4 ½ sudu besar minyak kacang
5 ½ sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil minyak aroma truffle
 
Vinaigrette
7 sudu besar ekstrak minyak zaitun tulen
7 sudu besar minyak kacang
½ sudu kecil garam laut
1/4 sudu kecil lada hitam dikisar
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka putih
 
Cara menyediakan

  1. Keringkan permukaan kekapis menggunakan tisu kertas. Hiris kekapis kepada dua atau tiga bahagian bergantung kepada saiz kekapis secara melintang.
  2. Rebus ubi kentang setengah masak selama lima minit, toskan dan buang kulit kentang.
  3. Biarkan kentang sejuk seketika. Hiris kentang setebal ½ inci setiap keping.
  4. Panaskan minyak zaitun dan tumis kentang. Goreng setiap permukaan kentang selama dua hingga tiga minit atau sehingga kentang perang dan ranggup.
  5. Tabur rata serbuk kari, garam dan lada hitam ke atas kekapis. Panaskan minyak zaitun dan goreng kekapis selama satu minit atau sehingga kekapis perang. Keluarkan kekapis dan rehatkan.
  6. Kemudian, gaul mesra daun salad bersama sedikit vinaigrette dan bahan perasa.
  7. Susun kepingan kentang dan kekapis membentuk bulatan. Aturkan salad hijau di tengah bulatan.
  8. Masukkan tiga hingga empat air panas ke dalam truffle dressing untuk mencairkannya.
  9. Titiskan truffle dressing ke atas salad secukupnya.
See also
Kediaman - Jacaranda House

 
Truffle Dressing

  1. Masukkan telur kuning, cuka Sherry, mustard dan bahan perasa ke dalam mangkuk dan pukul adunan sehingga mesra.
  2. Satukan minyak kacang dan zaitun di dalam cawan kecil dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran telur tadi.
  3. Pukul sehingga permukaan minyak beremulasi terhapus dan adunan mula memekat.
  4. Masukkan minyak truffle.
  5. Bagi menjimatkan masa, anda boleh menggunakan mesin pengisar.

 
Vinaigrette

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.